Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Solat, doa bekalan Mukmin harungi kemelut dunia

Laman web, Muslim.Sg beri panduan
jaga diri, cegah keletihan
Nov 17, 2023 | 05:30 AM



Ada orang yang mungkin sedang bergelut dengan pelbagai rasa seperti marah, sakit hati, rasa bersalah dan tidak berdaya semasa menjalani kehidupan seharian, sambil memikirkan konflik di Palestin.

Menurut laman Muslim.Sg, sesetengah orang mungkin berasa tertekan kerana memikirkan nasib rakyat Palestin dan tangisan mereka kerana kehilangan orang tersayang.

Ada yang banyak menangis namun berasa tidak berdaya. Malah, ada juga mungkin rasa bersalah kerana menikmati kehidupan ketika ini.

Sebagai respons, ada pula yang mungkin sering berkongsi berita dan catatan (di media sosial) serta berusaha menjelaskan realiti di Gaza.

Dalam masa yang mencabar ini, laman Muslim.Sg mahu membantu orang ramai dalam mengurus kesejahteraan mental mereka.

Laman itu menawarkan panduan berguna bagi orang ramai memberi kesan positif dan pada masa yang sama, membantu orang ramai mencegah keletihan.

“Kita mempunyai pilihan untuk memutuskan hubungan dengan media sosial pada bila-bila masa.

“Kita berasa sedih kerana rakyat Palestin tiada pilihan selain menanggung trauma setiap hari dan tidak mampu menghentikannya,” menurut laman web itu lagi.

Berikut panduan yang diberikan di laman web tersebut.

Terus berharap dan bertawakal kepada Allah swt

Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 214: “Adakah patut kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah pertolongan Allah itu dekat.”


Ayat ini menggambarkan perjuangan orang-orang beriman yang menghadapi pelbagai kesulitan sehingga mereka mula mempersoalkan mengenai pertolongan Allah.

Jawapan Allah amat jelas: Sesungguhnya pertolongan-Nya itu dekat.


Konsep ini dipaparkan dengan jelas dalam kisah para Nabi as.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda:


“Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya.” (Musnad Ahmad).


Hari kiamat menandakan berakhirnya semua kehidupan dunia. Namun Nabi Muhammad saw menjelaskan jika masih ada peluang untuk berbuat baik, kita harus merebut peluang itu.


Usah remehkan kuasa
doa dan solat

Matlamat utama doa adalah mendekatkan diri kepada Allah swt.


Seseorang tidak perlu menjadi Muslim yang sempurna. Yang penting adalah berusaha dengan sebaiknya.

Berikut adalah beberapa panduan doa dan solat:

  • Terus memanjatkan doa dengan ikhlas agar Allah swt memudahkan urusan mereka yang menderita di Gaza, Tebing Barat dan seluruh dunia.
  • Teruskan menunaikan solat harian.
  • Bacalah doa Qunut Nazilah dalam solat ketika ditimpa musibah.
  • Tunaikan solat hajat.

Cari ketenangan dan hidayah daripada Al-Quran

Membaca berita dan kandungan yang hiba dan menyedihkan boleh memberi kesan mendalam kepada kesejahteraan emosi.

Adalah penting untuk memberi sedikit masa dalam rutin seharian untuk membaca dan mendampingi Al-Quran, yang menjadi penyembuh bagi orang beriman.

Didik diri

Ilmu pengetahuan membantu seseorang berbincang dan berkongsi pandangan dengan lebih berkesan.

  • Bincangkan sesuatu topik dengan fikiran terbuka dan kritikal.
  • Tambahkan pengetahuan mengenai sejarah dan konteks krisis dan fahami isunya agar dapat berkongsi pendapat berdasarkan pengetahuan.
    Ini termasuk membaca buku, jurnal akademik dan artikel karya penulis terkenal, di samping menonton dokumentari.

Kongsi selepas mengesahkan maklumat

  • Pastikan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber adalah benar sebelum berkongsi dengan orang lain.
  • Elakkan daripada mengguna bahasa yang menyinggung perasaan atau membuat serangan peribadi.

Manfaatkan nikmat
demi kebaikan

Memang lumrah untuk rasa bersalah atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada diri kita apabila melihat orang lain menderita.


Tetapi ingatlah, rasa bersalah yang berlebihan boleh menghalang seseorang daripada mengambil tindakan yang bermakna.

Syukuri nikmat dan salurkan bakat dan keupayaan yang Allah swt berikan untuk membantu mereka yang memerlukan.


Rasa sedih dan marah apabila menyaksikan kesengsaraan rakyat Palestin boleh menjadi pendorong kuat untuk mengambil tindakan membina seperti menyokong Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) untuk membantu mereka yang susah dan menderita.

Jaga kesihatan diri

  • Tidur secukupnya dan pada waktunya setiap malam.
  • Bersiar-siar bersama keluarga dan rakan.
  • Bersenam secara tetap untuk kesihatan diri.

Ambil langkah cegah kelelahan

  • Tetapkan niat yang baik.
  • Ambil sedikit masa untuk memulihkan tenaga dan mengurus emosi.

Berhubung dengan orang lain

Wujudkan sistem sokongan yang baik bersama keluarga, rakan atau seseorang yang boleh anda luahkan perasaan.

Bercakap dengan mereka boleh membantu melegakan perasaan yang terpendam, memberi pemahaman baru dan membantu seseorang melihat sesuatu daripada perspektif berbeza.

Dapatkan bantuan pakar

Namun, jika (kesan krisis di Gaza) membuat seseorang itu rasa tertekan dan mula mengganggu kegiatan seharian, membuatnya sukar tidur, mengganggu selera makan, atau membuatkan diri asyik menangis, maka bantuan profesional perlu dipertimbangkan, jika perlu.

TALIAN BANTUAN KESIHATAN MENTAL


  • Talian bantuan kesihatan mental, Institut Kesihatan Mental (IMH): 6389-2222 (24 jam)
  • Samaritans of Singapore (SOS): 1800-221-4444 (24 jam) /1-767 (24 jam)
  • Persatuan bagi Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019

SUMBER DI DALAM TALIAN





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >