Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Terus berdoa, jangan putus asa jika permohonan belum dikabulkan

Aug 23, 2019 | 05:30 AM



SETIAP insan di dunia pastinya memiliki impian dan cita-cita, namun tidak semua bernasib baik apabila apa yang diimpikan tidak berjaya digenggam.



Kegagalan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang berputus asa, sebaliknya terus berusaha dan berdoa meminta yang terbaik daripada Yang Maha Esa dan bukannya berserah semata-mata.



Ini kerana melalui doa yang ikhlas kepada Allah swt akan membuka pintu rezeki, selain mendekatkan kita kepada Pencipta.



"Kepentingan doa dalam Islam supaya kita dapat mendidik jiwa kita untuk sentisa mengingati Allah swt. Sesungguhnya Allah swt suka kepada sesiapa yang memohon kepada-Nya untuk sentisa merasa rendah diri terhadap Maha Pencipta dan hanya kepada-Nya sahaja kita boleh meminta.



"Ini untuk menanamkan sifat ketakwaan kepada Allah swt dan supaya dihindari daripada keburukan dan berada di bawah lindungan Allah swt,'' ujar Ustazah Sitti Uzaizah Zahidah Yusoff.



KENAPA PERLU BERDOA



Menurut Ustazah Sitti Uzaizah, doa juga merupakan tali perhubungan di antara anak dengan ibu bapa yang hidup mahu pun yang telah meninggal.



Bersabda Rasulullah: "Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa seorang anak soleh."



Doa juga untuk membina hubungan dan pengikat tali persaudaraan sesame orang Islam.



Sabda Rasulullah dalam hadis Bukhari:



"Doa seseorang Mukmin terhadapat saudaranya secara diam-diam pasti diperkenankan oleh Allah swt.



PINTA KEPADA-NYA



Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang Allah swt berfirman berkenaan doa.



Allah mengulangi di dalam Al-Quran tentang berdoa dan meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan menjawab permintaan kita, kata Ustazah Sitti Uzaizah.



Salah satu ayat di Surat Al-Baqarah ayat 186 menjelaskan bahwa Allah akan mengabulkan setiap doa atau permintaan hamba-Nya.



Allah tidak pernah menolak dan tidak akan mengabaikan doa seseorang, yang memohon dengan segala harap kepada-Nya.



Allah swt berfirman:



"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku".



Ini juga disebutkan di dalam Hadis Shahih Muslim, yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:



"Tetap dikabulkan doa seorang hamba, selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pemutusan hubungan (silaturahim), dan selama tidak minta dipercepat.''



Menurut Ustazah Sittu Uzaizah, kuncinya adalah berdoa dengan ikhlas, yakin dan percaya Allah sentiasa memberi yang terbaik berserta sabar.



MANUSIA SOMBONG



Allah menyebut betapa manusia yang tidak mahu meminta kepada-Nya adalah manusia sombong yang bakal dihumban ke neraka dalam keadaan hina.



Allah swt berfirman di surah Ghafir ayat 60:



"Berdoalah kepada-Ku, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam dalam keadaan hina dina"



Ayat ini, kata Ustazah Sitti Uzaizah, menjelaskan bahawasanya, Allah swt menyuruh hamba-Nya meminta kepada-Nya dan mengingati-Nya. Memperbanyak berdoa dan meminta kerana Allah mempunyai sifat Ar-Rahman yang pemurah lagi maha pemberi.



Menurut kitab Ibnu Kasir di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nu'man bin Basyir ra bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Berdoa adalah ibadah".



Ustazah Sitti Uzaizah berkata ini bermaksud berdoa kepada Allah swt adalah perbuatan yang diamalkan oleh Rasullullah saw.



Berdoa adalah salah satu unsur penting dalam melakukan ibadah



PARA NABI BERDOA



Sikap para nabi suka berdoa dan sikap ini sewajibnya dicontohi semua manusia kerana para nabi adalah ikutan yang wajib dijadikan panduan.



Menurut Ustazah Sitti Uzaizah, setiap nabi akan berdoa kepada Allah swt kerana itu adalah salah satu cara mereka berkomunikasi dengan-Nya.



Mereka adalah manusia yang paling dekat dengan Allah swt. Apa jua yang mereka minta, cepat atau lambat akan Allah kabulkan.



Salah satu contoh yang tertulis di dalam Al-Quran ialah kisah Nabi Zakariya yang tidak putus-putus berdoa kepada Allah swt untuk mendapatkan zuriat.



Di surah Maryam ayat 4: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.''



Selepas beliau bernikah selama 20 tahun, beliau berdoa kepada Allah swt untuk mengurniakan kepadanya seorang anak. Maka pada umurnya 60 tahun, Allah kabulkan doanya.



Allah berfirman di surah Ali Imran ayat 38-39:



"Disanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan salat di mihrab (katanya):



"Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang saleh"



Kata Ustazah Sitti Uzaizah:



"Yakinlah dengan Allah sesungguhnya Allah tidak menolak doa hamba-hamba-Nya kecuali melambatkannya atau menggantikan dengan perkara yang lebih baik daripada apa yang diminta.



"Ambillah kisah-kisah para nabi sebagai contoh untuk kita meneruskan kehidupan harian kita. Allah turunkan Al-Quran dengan menceritakan kisah-kisah yang para nabi lalui supaya menjadi iktibar, contoh dan kekuatan untuk kita menjalani kehidupan kita. Dengan itu, pelajarilah dan fahamilah tafsiran ayat-ayat di dalam Al-Quran.



"Atas sebab kehidupan yang kita semua lalui hari ini amat singkat dengan tugasan yang melebihi waktu yang kita miliki. Mulakan hari kita dengan mengingati Allah swt nescaya Allah akan meningati kita dan mengabulkan segala hajat baik kita.''




BIODATA



Ustazah Sitti Uzaizah Zahidah Yusoff berusia 27 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Aljunied Al- Islamiah sebelum ke Madrasah Al-Maarif bagi peringkat pra- universiti.



Beliau mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang Pengajian Al-Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia.



Kini beliau merupakan Pensyarah dan Penyelaras Program di Pusat Pendidikan Jamiyah.




ANDA ADA KEMUSYKILAN AGAMA?



Berita Harian akan menyediakan ruangan bagi pembaca membuat pertanyaan mengenai kemusykilan dalam hal ehwal agama, yang merangkumi persoalan ibadah, muamalat dan sebagainya.



Pemohon perlu menghantar pertanyaan kepada alamat e-mel berikut: bhnews@sph.com.sg



Subjek e-mel: Kemusykilan Agama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >