Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Tiga ciri untuk buktikan cinta pada Rasulullah

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang insan, kita pastinya amat gembira bila mendapat hadiah daripada seorang teman yang amat mengenali diri kita dan keperluan kita.



Pastinya barang yang diberikan itu suatu benda yang amat kita inginkan dan perlukan. Begitulah diumpamakan hadiah yang dikurniakan Allah kepada kita umat akhir zaman dengan diutuskan Nabi Muhammad saw sebagai rahmat, pemberi petunjuk dan suri teladan yang unggul hingga ke akhir zaman, tulis Ustazah Nur Khadijah Ramli, bendahari Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



"Sudah semestinya kita wajib berterima kasih dan bersyukur kepada pemberi nikmat yang tidak ternilai ini, juga berjanji untuk mencintai baginda Rasul saw dengan seluruh jiwa raga kita dan menjadikan baginda idola hidup kita bukan saja dari sudut ibadah, malah dalam kehidupan rumah tangga dan bagaimana berinteraksi sesama insan dengan rahmah dan akhlak terpuji.



"Seorang Muslim atau Muslimah yang menyatakan cinta dan kasih mereka kepada baginda Rasul pasti akan berusaha memahami, menghayati dan mengamalkan mesej yang terkandung dalam kitabullah dan hadis- hadis yang disampaikan oleh baginda Rasul saw.



"Begitulah yang dicontohi oleh alim ulama yang terdahulu hingga terhasilnya bait-bait (karangan) cinta dan rindu mereka yang kita baca dalam kitab Maulud al-barzanji, ad-Dibaie, Qasidah Burdah, Diyaul la'mie, Simtut Dhurar dan banyak lagi," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Berita Harian apabila ditanya adakah mencintai Rasulullah saw menjadi satu kewajipan bagi umat Islam.



Apakah tiga ciri untuk membuktikan seseorang itu cintakan Rasulullah saw?



Menurut Ustazah Nur Khadijah, seorang pencinta pasti akan selalu merindui dan mendambakan pertemuan dengan kekasih hatinya, beliau akan mengingati perkara-perkara yang disukai kekasihnya dan selalu menyebut-nyebut nama kekasihnya yang dicintainya itu.



"Begitulah lumrah naluri seorang pencinta terhadap orang yang dikasihinya. Maka bagaimana pula perasaan kita kepada baginda Nabi Muhammad saw?



"Marilah kita bermuhasabah dan menjawab pertanyaan-pertanyaan ini dengan jujur:



"Adakah kita mempunyai keinginan yang kuat untuk bertemu dengan baginda Rasulullah saw?



Adakah kita jadikan bermimpi bertemu Rasulullah saw satu matlamat dan cita-cita kita dalam kehidupan?" tanya beliau.



Menurut Ustazah Nur Khadijah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Umatku yang paling mencintaiku adalah kaum yang datang sesudahku; seseorang dari mereka rela kehilangan keluarga dan hartanya asal ia dapat melihatku (bersama denganku)." (HR Ahmad melalui Abu Dzar ra).



Adakah kita merasa berat untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda? Siapakah rujukan kita untuk mendapatkan teknik-teknik romantis memikat hati pasangan?



Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa menghidupkan (mengamalkan) sunnahku bererti ia benar-benar mencintaiku, dan barang siapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku dalam syurga." (HR as-Sajzi melalui Anas ra).



Rasulullah saw pernah memperlihatkan kemanjaannya bersama isterinya Aisyah dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti mana yang dipertuturkan Aisyah dalam Sahih Bukhari yang bermaksud: "Nabi membaca Al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid." (HR Bukhari).



Adakah kita sering menyebut nama baginda dengan berselawat? Adakah selawat kita bermusim (hanya ketika keadaan sedih, susah, ditimpa musibah) atau selawat telah menjadi nyayian harian kita?



Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat." (HR Tabrani).



"Marilah kita menepuk dada sendiri dan menjawab semua persoalan ini, moga dengan penuh kesedaran dan kerendahan hati, kita akan terus memasangkan niat dan berazam untuk memperbaiki diri dan akhlak kita untuk mencontohi dan mencintai insan yang unggul ini, Nabi Muhammad Sayyidul Ambiyai wal Mursalin (Ketua para Nabi dan Rasul), amin," ujar Ustazah Nur Khadijah mengakhiri penerangannya.




SEKILAS BIODATA



  • Ustazah Nur Khadijah Ramli ialah bendahari Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).

Siapa umat yang disebut Nabi paling cinta pada baginda?



"Umatku yang paling mencintaiku adalah kaum yang datang sesudahku; seseorang dari mereka rela kehilangan keluarga dan hartanya asal ia dapat melihatku (bersama denganku)."
(HR Ahmad melalui Abu Dzar ra)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >