Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Ucapan selamat cerminkan keakraban, kemesraan ummah

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



MENGUCAPKAN selamat dan tahniah merupakan amalan Islam yang sangat digalakkan. Ia mencerminkan keakraban dan kemesraan antara kedua-dua pihak.



Malah Islam menganjurkan umatnya supaya menyampaikan salam melalui teman-teman yang berada jauh.



Anggota Lembaga Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, berkata ucapan ini boleh sahaja dilakukan melalui pesanan ringkas, e-mel, Facebook, Twitter dan sebagainya.



Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Syariah, Maybank Islamic Berhad, berkata doa-doa ringkas juga boleh disertakan dalam ucapan.



"Memohon maaf walaupun bukan budaya Islam, ia merupakan adat dan budaya masyarakat Melayu yang baik diteruskan.



"Memberi maaf dan mengampunkan orang yang melakukan kesilapan patut diberi tanpa diminta.



"Ia sifat orang yang mulia dan Allah sifatkan mereka sebagai ahli syurga.



Ustaz Mohd Kamal menukil Surah Imran, ayat 133-134, yang bermaksud:



"Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.



"(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan."



Menurut Ustaz Mohd Kamal, ia juga menunjukkan kerendahan hati serta sifat tawaduk seseorang dengan meminta maaf walaupun dia tidak membuat kesilapan.



Sesuai dengan Hari Raya, atau Aidilfitri, maknanya perayaan. Ia perayaan dan kegembiraan setelah tamat puasa Ramadan.



Ia juga perayaan kembali kepada fitrah setelah segala dosanya diampunkan oleh Allah setelah amalan puasa selama sebulan.



Menurut Ustaz Mohd Kamal lagi, kegembiraan juga berdasarkan kepada hadis Nabi saw iaitu: "Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan ketika berbuka berpuasa dan ketika bertemu Tuhannya, kerana ganjaran besar yang diterima."



"Kegembiraan juga ditunjukkan daripada memakai pakaian baru dan memberi tahniah kepada setiap orang yang ditemui.



"Kegembiraan ditunjukkan dengan perasaan syukur kepada Penciptanya. Ia ditunjuk melalui laungan takbir.



"Kita gembira sehingga ingin orang lain juga ikut gembira. Anakanak diberi sampul wang dan juadah yang berbagai-bagai disediakan.



"Kegembiraan juga digalakkan kepada fakir miskin. Mereka dibantu melalui sumbangan zakat fitrah,'' kata Ustaz Mohd Kamal.



Semasa menyambut Aidilfitri ini, Ustaz Mohd Kamal juga mengingatkan masyarakat agar memuliakan tetamu.



"Pembaziran hanya berlaku jika makanan dibuang dan tidak dimanfaatkan. Menyediakan juadah yang berbagai-bagai bukan pembaziran. Islam menganjurkan kita supaya muliakan tetamu."



Beliau menukil hadis Nabi saw: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka muliakan tetamu.



"Muliakan tetamu bermaksud menjamu mereka dengan makanan terbaik yang mampu disediakan serta yang berbagai-bagai.



"Kebanyakan anggota masyarakat akan menyediakan makanan istimewa yang jarang dihidangkan dan yang memerlukan waktu yang agak lama disediakan.



"Masyarakat kita sediakan rendang, ketupat, lontong dan sebagainya serta kuih-muih yang berbagaibagai,'' ujarnya.



Menyentuh tentang bagaimana ziarah-menziarahi membantu menjaga kesihatan, beliau berkata:



"Ia bergantung pada tetamu untuk mengawal makanan mereka. Tuan rumah boleh membantu dengan menyediakan buah-buahan yang kaya serat seperti epal, jambu batu, limau, betik dan sebagainya. Serta elakkan air bergas atau yang banyak gula,'' ujar Ustaz Mohd Kamal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >