Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

HIDAYAH

Usah hampiri zina, ia akan menghancurkan

Zina bukan dalam bentuk seksual sahaja ia termasuk zina mata, zina telinga, zina mulut, zina kaki dan lain-lain
Sep 27, 2020 | 05:30 AM



ISLAM mewajibkan umatnya untuk memelihara kehormatan diri agar kita tidak terpengaruh dengan segala dorongan jahat, terutamanya perbuatan zina.



Dalam ayat ke-32 dalam surah al-Israa', Allah swt berfirman:



Maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."



Menerusi Facebook Live@Masjid Al-Taqua, Ustaz Ahmad Dahri berkata:



"Usahkan melakukannya, tetapi mendekati zina juga Allah swt larang sama sekali kerana tidak ada satu pun perbuatan baik dalam zina.



"Zina bukannya hadir dalam bentuk seksual sahaja kerana ia mempunyai pelbagai bentuk seperti zina mata, zina telinga, zina mulut, zina kaki dan sebagainya. Apa yang lebih utama untuk dijauhi ialah perbuatan zina yang membawa kepada hubungan terlarang dan haram.



"Kalau kita sudah 'terjun' ke arah arena zina seksual, ia bermakna semua anggota tubuh badan kita terbabit."



ZINA MEROSAKKAN KETURUNAN



Ustaz Ahmad Dahri membuat penjelasan bahawa zina ialah sumber kepada segala kejahatan. Jika kita terperangkap dengan perbuatan zina, maka ia akan merosakkan keturunan, sedangkan menjaga nasab (keturunan) itu adalah satu kewajipan.



Dengan itu, katanya lahirlah anak yang tidak sah taraf.



Perkara ini akan menjadi satu masalah yang besar kerana anak tersebut tidak boleh 'dibinkan' bapanya.



Hal ini juga bermakna kita telah merosakkan keturunan atau nasab Nabi Adam as.



"Kemudian, anak tidak bersalah tersebut terpaksa menanggung malu atas perbuatan dosa yang dilakukan oleh si ibu dan si bapa untuk sepanjang hayat. Dia juga tidak boleh mewarisi dan diwarisi. Jika anak tersebut anak perempuan, maka dia tidak boleh diwalikan oleh bapanya."



"Sememangnya, anak-anak yang dilahirkan daripada hasil penzinaan tersebut akan menimbulkan banyak masalah. Maka, siapakah yang akan bertanggungjawab? Oleh sebab itu, kita disyariatkan untuk bernikah agar masalah-masalah seperti ini dapat diatasi," ujar Ustaz Ahmad Dahri.



MARUAH DIRI TERGADAI



Sehubungan dengan itu, perbuatan zina juga akan membawa kepada kehancuran maruah diri.



Penzina ialah golongan yang sangat hina kerana mereka telah menggadaikan kehormatan masing-masing.



"Apalah erti hidup jika maruah diri tidak bermakna. Mungkin ada golongan penzina yang dipandang tinggi oleh manusia, tetapi tidak pada pandangan Allah swt.



"Tidak ada erti jika kita hanya mulia pada pandangan manusia, tetapi kita hina pada pandangan Allah swt. Biar kita hina pada pandangan manusia, asalkan kita mulia pada pandangan Allah swt," tambah Ustaz Ahmad Dahri.



ZINA BAWA PENYAKIT DAN AZAB



Perbuatan zina secara berleluasa juga akan menyebabkan penyebaran wabak penyakit yang berbahaya seperti penyakit taun atau penyakit kelamin seperti Aids, HIV, dan sifilis.



Segala penyakit tersebut tidak mempunyai ubat khusus untuk merawatnya.



Dalam sebuah hadis daripada Maimunah ra, beliau berkata:



"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama mana tidak tersebar luas anak zina dalam kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas dalam kalangan mereka, maka Allah swt akan menurunkan azab kepada mereka seluruhnya." (HR Imam Ahmad)



SEKSAAN UNTUK PENZINA



Malah menurut Ustaz lagi, ada juga yang bertindak untuk membunuh anak dalam kandungan hasil daripada perbuatan zina tersebut. Kononnya ingin menutup malu, namun persoalannya kamu malu dengan siapa?



"Malulah dengan Allah swt kerana anak-anak hasil zina yang dibunuh itu akan mempersoalkan perbuatan kita di akhirat kelak.



"Bayangkan, seseorang itu terbabit dengan dosa membunuh anak zina itu untuk seumur hidupnya. Kadang-kadang, ada yang sudah kembali tanpa sempat bertaubat kepada Allah swt.



"Para penzina juga akan ditempatkan di dalam neraka Huthomah yang mempunyai pelbagai alat untuk menyiksa mereka yang terbabit dengan zina.



"Salah satunya, Allah swt akan mencairkan timah hitam dan dimasukkan timah itu ke dalam lubang faraj perempuan yang berzina. Golongan penzina lelaki pula akan dicelupkan kemaluannya dalam timah hitam yang dicairkan," cerita Ustaz.



AWASI ANAK-ANAK



Ustaz Ahmad Dahri merungkai pada situasi hari ini, ramai anak-anak muda yang sudah mula terbabit dalam kancah penzinaan.



"Ingatlah bahawa setiap daripada kita ialah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan tersebut. Bayangkan sebagai ibu bapa, kita tidak akan terlepas daripada dipersoalkan tentang anak yang kita didik.



"Dosa sendiri yang sedia ada juga sudah banyak, jadi bagaimana ingin menanggung dosa yang bukan kita lakukan? Kadang-kadang ibu bapa sangat bagus sebab berulang-alik ke masjid dan sebagainya, tetapi anak-anaknya masih berkeliaran tanpa dikawal."



"Oleh itu, marilah bermuhasabah dengan diri masing-masing, memohon keampunan dan berdoa agar kita dijauhkan daripada segala keburukan serta azab Allah swt," kata Ustaz.



  • Drs Ahmad Dahri, 61 tahun, seorang penceramah bebas yang berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Sumatera Utara, Indonesia dan melanjutkan pengajian di Darul Ulum Makkah di Arab Saudi dalam bidang bahasa Arab. Beliau juga memiliki ijazah dari Universiti Al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi dalam bidang Syariah. Beliau mendalami ilmunya dengan mengikuti kursus ijazah Sarjana Universitas Al-Washliyah (Univa) Sumatera Utara, Indonesia.


Apalah erti hidup jika maruah diri tidak bermakna. Mungkin ada golongan penzina yang dipandang tinggi oleh manusia, tetapi tidak pada pandangan Allah swt. Tidak ada erti jika kita hanya mulia pada pandangan manusia, tetapi kita hina pada pandangan Allah swt. Biar kita hina pada pandangan manusia, asalkan kita mulia pada pandangan Allah swt.
- Ustaz Ahmad Dahri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >