Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Usah sampai ibu terguris, menangis...

Al-Quran dan hadis jelaskan cara muliakan, berbakti kepada insan bergelar emak, ummi
Nov 18, 2021 | 05:30 AM



Pepatah ada mengatakan 'kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa...' Ruangan HIDAYAH kali ini menampilkan bagaimana seorang anak boleh memuliakan dan berbakti kepada orang tua, terutama adab apabila berdepan dengan ibu serta kelebihan bagi mereka yang berbuat demikian di samping amaran balasan bagi anak-anak yang biadab dan menderhakai ibu bapa.




DEWASA ini, ramai mengambil ringan tingkah dan pertuturan tatkala berada di hadapan orang tua, lebih-lebih lagi insan yang bergelar ibu, emak, ummi, mama dan pelbagai gelaran manja lain.



Maklumlah, ibu sentiasa berada di rumah, lebih berlemah-lembut dan penyayang berbanding ayah, yang biasanya lebih tegas dan keluar bekerja.



Namun, Islam amat menikitikberatkan adab dan tertib umatnya ketika bersama orang tua.



"Berbakti kepada orang tua, terutama ibu, sangat besar pahalanya di sisi Allah.



"Islam menempatkan ibu dalam darjat kemuliaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan seorang ayah. Begitulah yang disebutkan berulang kali dalam Al-Quran dan hadis.



"Ibu yang selalu lebih banyak ada untuk anaknya dan ibulah yang paling dekat dengan anaknya. Selalunya ibu berperanan sebagai pengurus rumah dan juga pencari nafkah; perlu membahagi waktu dan seluruh tenaga untuk melalukan semua tugasan di rumah dan pekerjaan.



"Sakit bersalin ibarat 20 tulang dipatahkan serentak. Allah mencipta kaum hawa yang lembut tapi mampu menahan sakit yang sangat hebat," jelas Ustazah Nurul Nafiah Suwanda, Mudirah, Alive di Masjid Mujahidin.



Arahan berbakti dan memuliakan orang tua ini, sambung beliau, dijelaskan Allah swt dalam surah Luqman, ayat 14 yang bermaksud:



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kededua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kededua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."



Mengulas mengapa keutamaan diberikan kepada ibu, Ustazah Nurul Nafiah, yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang fikah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata:



"Seorang ibu mengalami tiga fasa kepayahan iaitu kehamilan, kemudian melahirkan dan menyusukan.



"Disebabkan itu, ibu berhak mendapatkan kebaikan tiga kali lebih besar dibandingkan ayah."



CARA MULIAKAN IBU BAPA



Tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa amat besar sehinggakan Allah swt menyebut dalam beberapa ayat dalam Al-Quran dengan menggabungkan perintah supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan berbakti kepada ibu bapa.



  • Berbuat baik

    Surah Al-Isra, ayat 23, menyebut: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.

    "Jika salah seorang di antara kededuanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada kededuanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak kededuanya, dan ucapkanlah kepada kededuanya perkataan yang baik."

    "Daripada ayat ini, Allah swt melarang perbuatan menyekutukan-Nya, dan memerintahkan hamba-Nya supaya berbuat baik kepada orang tua.

    "Ini sekali gus menandakan bahawa orang tua mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah swt," tambah Ustazah Nurul Nafiah.

  • Berbicara dengan baik dan sopan

    Ayat ini juga, katanya lagi, memberi peringatan kepada anak-anak supaya tidak membantah orang tua, termasuk jangan mengucapkan "ah" apabila berbicara dengan ibu bapa mereka.

    Memberikan nasihatnya, Ustazah Nurul Nafiah, menyambung: "Apabila kita bercakap dengan orang tua kita, kita haruslah mengucapkan perkataan yang baik dan sopan.

    "Kita juga perlu berhati-hati apabila mengucapkan perkataan kepada ibu bapa kita supaya tidak ada satu kata pun yang dapat menyakiti mereka."

  • Jangan derhaka

    Rasulullah saw ada mengingatkan anak-anak akan padah perbuatan ini.

    Dalam hadis riwayat Nasa'i dan Ahmad, Nabi saw memberi amaran: "Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kededua orang tua dan juga seorang dayus atau orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya, merelakan isteri dan anak perempuannya serong)."

    Bahkan, tambah Ustazah Nurul Nafiah, anak yang menderhakai ibu bapanya tidak akan mampu mencium wanginya syurga, sebagaimana yang diterangkan hadis yang bermaksud:

    "Sesungguhnya aroma syurga itu tercium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinya barang siapa yang derhaka kepada orang tuanya." (HR Thabrani).

    Ustazah Nurul Nafiah turut menggariskan sembilan dosa terbesar sebagaimana yang diterangkan Abdullah ibn 'Umar ra, iaitu:

    "Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibu dan ayah dan (menyebabkan) mereka menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua)." (HR Bukhari).

  • Rendahkan diri di hadapan orang tua

    Anak-anak juga, kata Ustazah Nurul Nafiah, diminta merendahkan diri apabila berada di hadapan orang tua, sentiasa mentaati perintah mereka selama ia tidak berada di jalan maksiat kepada Allah.

  • Mendoakan ibu bapa

    Anak-anak juga diminta supaya sentiasa mendoakan kededua ibu bapa agar mereka diberi limpahan kasih sayang daripada Allah swt sebagaimana orang tua mereka dahulu mendidik dan mengasihi mereka semasa kecil.

    Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: "Jika seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kededua orang tuanya."

CARA YANG DIAJARKAN RASULULLAH



Abdullah ibnu Masu'd pernah bertanya kepada Rasulullah saw mengenai apakah amalan yang paling dicintai Allah swt?



Rasulullah saw, dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, menyatakan tiga perkara:



  • "Solat di dalam waktunya."

  • "Berbuat baik kepada ibu bapa."

  • "Berjihad di jalan Allah."

Malik Rabiah menceritakan, ketika para sahabat bersama Rasulullah saw, tiba-tiba datang menghadap seorang lelaki dari Bani Salamah, lalu bertanya:



"Wahai Rasulullah, adakah saya masih berpeluang berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa saya, adakah saya wajar berbakti kepada mereka selepas kematian mereka?



Rasulullah saw menjawab: "Ya, dengan cara mendoakan kedua-duanya, memohon keampunan kepada mereka, menunaikan janji mereka, memuliakan kawan mereka dan membina silaturahim yang tidak boleh dihubung melainkan dengan kededuanya." (HR Abu Daud).




ANAK DERHAKA TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA

"Sesungguhnya aroma syurga itu tercium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinya barang siapa yang derhaka kepada orang tuanya."

(HR Thabrani)



PERINTAH BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kededua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kededua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

​(Surah Luqman, ayat 14)




SEKILAS BIODATA



Ustazah Nurul Nafiah Suwanda ialah Mudirah Alive Masjid Mujahidin. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang fikah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >