Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Usia yang panjang atau umur yang berkat?

'Mereka yang baik amalannya dan pada masa yang sama panjang umurnya akan beri kesan baik kepada mereka yang hidup di sekelilingnya'
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



SEORANG guru pernah berpesan, kalau memberi ucapan hari lahir kepada seseorang, jangan hanya berkata: "Selamat hari lahir, semoga panjang umur."



"Tambahkan ucapan itu dengan 'Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat' atau 'umur yang berkat'. Buat apa umur panjang tetapi kita hanya menyusahkan orang lain," kata sang guru.



Apatah lagi jika umur yang dikurniakan Allah swt itu diisi dengan pelbagai perkara mungkar dan maksiat.



Umur manusia adalah perkara ghaib dan merupakan rahsia Allah swt. Tak seorangpun tahu berapa panjang usia yang dijatuhkan untuknya.



Usia umat Rasulullah saw tidaklah sepanjang usia umat-umat terdahulu. Dalam sebuah hadis disebutkan, usia mereka umumnya antara 60 sampai 70 tahun.



Rasulullah saw pernah mengadukan pendeknya usia umat beliau itu kepada Allah swt. Dengan penuh kasih, Allah swt menjelaskan, meski usia umat Nabi Muhammad saw lebih pendek daripada umat-umat lain, Allah swt telah menganugerahkan banyak keutamaan - di antaranya Lailatul Qadar, malam yang nilainya lebih dari seribu bulan.



Yang sangat penting diingat, setiap orang akan diminta pertanggungjawaban tentang umur yang dianugerahkan kepadanya.



Rasulullah saw bersabda, "Tak akan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya dihabiskan untuk apa; tentang masa mudanya, dipergunakan untuk apa; tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apakah sudah diamalkan". (HR At-Tarmidzi).



MAKSUD UMUR YANG BERKAT



Naib Presiden Pergas, Ustazah Kalthom Muhammad Isa, ketika ditanya Berita Harian apa yang dimaksudkan dengan umur yang berkat, telah memetik sebuah hadis, dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya yang menceritakan:



"Ada seorang lelaki bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?' Beliau jawab: 'Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya'. Ia bertanya lagi: 'Lalu siapakah orang yang terburuk?' Beliau jawab: 'Orang yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya'." (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Haitami).



Dalam hadis ini disebutkan orang yang berjaya ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya kerana dia memanfaatkan modal utama iaitu umurnya untuk meraih syurga dan balasan baik.



Modalnya memberi pulangan dan keuntungan besar bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat, tambah beliau.



Kata Ustazah Kalthom lagi: "Mereka yang baik amalannya dan dalam masa yang sama panjang umurnya akan memberi kesan baik kepada mereka yang hidup di sekelilingnya.



"Keberadaannya dihargai dan ketiadaannya dirindui.



"Ada juga di kalangan mereka yang pendek umurnya tetapi tetap meninggalkan khazanah ilmu dan contoh tauladan yang bernilai zaman berzaman. Itulah keberkatan umur."



Khalifah Umar bin Abdul Aziz dikenang hingga sekarang dan terkenal sebagai pemerintahan yang cemerlang sebelum beliau wafat pada usia muda iaitu pada usia 39 tahun.



Panjang atau pendek umur seseorang adalah termasuk takdir yang ditetapkan namun yang penting adakah ia memberi kebaikan kepadanya dan sekelilingnya:



BAGAIMANA DAPATKAN UMUR BERKAT



Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."



Justeru apa yang boleh dilakukan orang Islam bagi mendapatkan umur yang berkat?



Kata Ustazah Kalthom, apabila Allah swt memberikan kesempatan yang panjang pada seseorang maka akan semakin banyak peluang untuk dia meraih pahala.



"Tidak semua orang dianugerahi kesempatan yang cukup, oleh kerana itu manfaatkan semaksimum mungkin sebelum batas akhir datang dengan tiba-tiba," tambah beliau.



Oleh itu Nabi saw mengingatkan:



"Manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara:



Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,



Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,



Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,



Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,



Hidupmu sebelum datang kematianmu."



(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya)



TANDA-TANDA UMUR BERKAT



Ustazah Kalthom merungkai definisi "berkat' bagi menjawab soalan ini.



Kata beliau, menurut Ar-Raghib Al-Isfahani:



"Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu."



Oleh itu "berkat" yang dimaksudkan ini ialah "bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang".



Katanya lagi: "Sedikit terasa cukup. Rezeki yang biasanya dianggap kurang pada orang lain tetapi terasa cukup pada dirinya. Setelah berusaha mencari rezeki maka reda dengan kuantiti rezeki yang dia dapat serta Allah swt mencukupkan baginya rezekinya.



Ertinya: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (QS. Ath Thalaaq: 2-3)



Begitu juga usia seseorang. Keberkatan pada usianya apabila dalam usianya sentiasa memberi impak positif kepada diri dan sekelilingnya.



Memberi erti pada setiap hela nafas yang dihembuskan. Dia menghidupkan hari-harinya dalam kebaikan. Percakapan yang dilontarkan penuh hikmah dan bijaksana. Diamnya pada sesuatu juga menandakan kecerdikan bersuara pada tempatnya.



Itulah di antara keberkatan hidup yang Allah swt berikan pada insan-insan yang terpilih.



Sebagaimana berkata Nabi Isa as, firman Allah swt:



"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada." (Surah al-Maryam ayat 31)




INGAT PESANAN NABI SAW



"Manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara:



Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,



Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,



Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,



Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,



Hidupmu sebelum datang kematianmu."



(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya.



TANDA UMUR BERKAT



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."



(QS. Ath Thalaaq: 2-3)




SEKILAS BIODATA



  • Ustazah Kalthom Muhammad Isa telah menceburi bidang pendidikan agama sebaik pulang dari Universiti Al-Azhar pada tahun 2000. Beliau menjawat beberapa jawatan dan kerja sukarelawannya telah melayakkan beliau mendapat anugerah Jasa Bakti Muis 2020. Beliau juga adalah kaunselor keluarga sejak tahun 2000 di samping kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sejak 2005. Beliau kini Naib Presiden Pergas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >