Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Ustaz Irwan Hadi jelaskan persoalan suami mengasari isteri

Oct 15, 2017 | 05:40 PM



S: PASANGAN SAYA MEMUKUL SAYA KERANA DIA KATA SAYA TIDAK MENTAATINYA. SAYA DENGAR AL-QURAN MEMBOLEHKAN INI. ADAKAH BENAR?

Jawapan oleh Ustaz Irwan Hadi:

Jawapan segera saya terhadap soalan ini ialah sama sekali tidak. 

Istilah "fadhridbuhunna" tidak boleh difahami secara harfiah sebagai lesen untuk "memukul", menyakiti atau mengasari pasangan anda secara lisan, secara fizikal atau emosi.

Walaupun ada orang mengatakan bahawa para sarjana tidak membenarkan suami mengambil pendekatan fizikal sedemikian dan oleh itu ada tafsiran yang mengatakan dia boleh memukulnya walaupun "dengan tuala" atau dengan miswak kecil, ini sekali lagi harus difahami bukan sebagai bentuk lesen. 

Sebaliknya para ulama mahu orang ramai menjauhi daripada sebarang bentuk kekasaran atas nama mendisiplinkan pasangan. 

Malah seorang tabi'in terpelajar, Atho 'bin Abi Rabah, dilaporkan telah mentafsirkan istilah "fadhribuhunna" sebagai hanya melahirkan rasa kurang senang dan rasa marah (yaghdab' alaiha) dan bukannya memukul secara fizikal.

Tafsiran ini, pada pandangan saya, adalah paling dekat dengan contoh daripada Nabi Muhammad saw yang perbuatannya adalah tafsiran terbaik Al-Quran. 

Isterinya Sayidatina Aisyah dilaporkan oleh Imam Muslim telah mengatakan bahawa Nabi tidak pernah memukul sebarang kanak-kanak atau wanita termasuk isteri-isterinya.

Malah , ketika Nabi pernah diminta memberi nasihat tentang bagaimana suami harus memperlakukan isteri, baginda berkata, "Kongsi dengan mereka makanan yang kamu miliki untuk diri sendiri, dan beri mereka pakaian yang kamu sendiri pakai, dan jangan memukul mereka, dan jangan menghina mereka "(Abu Daud)

Menariknya juga bahawa Rasulullah terus menegur orang-orang yang menggunakan tangannya terhadap isteri-isteri mereka dan dalam tradisi-tradisi tertentu jelas melarang 'memukul isteri' dengan menyatakan "Janganlah memukul hamba-hamba Allah!" (Lā taḍribū imā 'Allāh) selepas perintah injunksi itu. 

Ini mendorong ulama seperti Ibn 'Ashur dalam al-Tanwīr wa-Tahrir bahawa ayat 34 daripada Surah An-Nisa' sebenarnya diturunkan untuk akhirnya menghapuskan keganasan rumah tangga dan sebahagian ulama lain berpandangan bahawa banyak hadis melarang memukul isteri.

Contoh Nabi dalam rumahnya sendiri menggambarkan Prinsip Harmoni. Dengan tiada struktur keluarga yang menindas, hubungan peribadinya didasarkan pada komunikasi terbuka dan saling menghormati. Ia bercirikan keharmonian, rahmat dan kasih sayang. Hubungan seperti itu tidak memberi ruang bagi hirarki kesetanan, jantina atau sebaliknya, yang hanya mengakibatkan perselisihan, sikap melawan dan sifat penindasan yang ditegah Islam.

Ingatlah 'Prinsip Harmoni' di dalam Al-Quran "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.'' . (Ar-Rum: 21)



* Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti dan Pembangunan Asatizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >