Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Ustaz Kazim: Ibu bapa jangan cakap tak serupa bikin

Apr 27, 2014 | 06:00 AM



USAH sekadar suruh sedangkan sendiri tidak buat.


Sikap itu jika diamalkan ibu bapa hanya akan menimbulkan banyak soalan dan membuat anak keliru.


Cara yang betul ialah ibu bapa melakukan juga apa yang mereka suruh dan menunjukkan cara yang betul melaksanakannya.


Sikap 'cakap dan berbuat' itu adalah antara kunci bagi melahirkan keluarga cemerlang, kata Ustaz Muhammad Kazim Elias ketika menyampaikan ceramah mengenai keluarga cemerlang di Masjid Al-Falah minggu lalu.


Dalam ceramah itu, beliau membincangkan maksud kecemerlangan dalam konteks beribadah kepada Allah dan mentaati ibu bapa.


Beliau menjelaskan bahawa guru pertama dalam keluarga ialah ibu bapa sendiri.


''Jadi bagaimana hendak anak pandai mengaji, diri sendiri tidak mengaji; hendak anak dirikan solat, diri sendiri tidak solat; hendak anak cakap yang baik-baik sahaja, diri sendiri bercakap kasar. Bagaimana anak mahu ikut?'' kata beliau.


Ustaz Kazim yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh, Perak, merujuk kepada kitab Imam Ghazali mengenai perkara yang perlu dijaga dalam membentuk keluarga cemerlang.


Antaranya ialah aspek pemakanan, percakapan dan perasaan.


Kesederhanaan adalah penting dalam semua hal, termasuk pemakanan. Ia mempunyai implikasi dalam pembentukan sikap anak, jelas beliau.


Janganlah kita melampau dalam perihal makan dan minum, dan elakkan menikmati hidangan di kedai makan tidak pasti halalnya, ujar beliau.


''Sebaik-baiknya, makanlah masakan ibu atau isteri kerana kita sendiri tahu bahan yang digunakan dan cara persiapannya.


''Sama penting ialah memastikan pendapatan membeli bahan makanan atau masakan itu adalah daripada sumber halal yang diredai Allah swt,'' kata beliau.


Dari segi percakapan, beliau menekankan perlunya menjaga lidah atau kata-kata yang diucap.


''Jangan memaki hamun anakanak,'' kata Ustaz Kazim.


Beliau turut mengetengahkan isu laman sosial yang kian berleluasa dalam masyarakat.


Menurut beliau, perkataan yang sedikit tetapi berbaur penghinaan yang ditulis di laman Facebook atau Twitter akan membawa kesan sehingga ke akhirat, termasuk menjejas hubungan keluarga, ujar beliau.


Ketiga, kawal marah kerana sikap marah yang melampau akan menjerumuskan kepada perkara yang di luar pertimbangan.


Perbuatan ayah memukul anak dengan kayu misalnya menyebabkan anak menyimpan perasaan dendam yang dibawa hingga ke usia tua.


Kita harus marah dengan ahli keluarga kerana kelalaian menunaikan ibadah agama, tetapi usah marah membuak-buak sehingga mencederakan.


Seyogia, Rasulullah saw melarang kaum Adam menyentuh muka isteri kecuali mahu dibelai.


Apabila isteri melakukan kesalahan, nasihatinya dahulu, kata Ustaz Kazim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >