Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Siwak: Sunah yang penuh kelebihan

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



SIWAK adalah salah satu alat kebersihan yang sangat penting dalam Islam. Ia merupakan sejenis ranting yang digunakan untuk membersihkan gigi secara lebih berkesan.



Dalam agama Islam, bersiwak atau bersugi merupakan satu amalan yang disunahkan oleh Rasulullah saw, di mana kita membersihkan gigi dan mulut dengan menggunakan sejenis kayu siwak.



RASULULLAH GALAK BERSIWAK



Mengikut Ustaz Pasuni Maulan, siwak merupakan amalan yang amat dianjurkan oleh Rasulullah saw.



Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda :



"Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang." (HR al-Bukhari)



"Jika kita meremehkan sunah, ibarat kita meremehkan Rasulullah saw. Jadi, amalkan amalan sunat seperti bersiwak kerana Rasulullah juga mengamalkannya.



"Selain daripada berwuduk, amalan siwak adalah amalan yang ditekankan dalam menjaga kebersihan diri. Setiap individu muslim hendaklah menjaga kebersihan diri dan mempraktikkan sikap ini dalam kehidupan seharian."



BERUS GIGI DAN SIWAK



Dalam Kuliah Harian di Facebook@Masjid Pusara Aman baru-baru ini, Ustaz Pasuni memberitahu lagi:



"Apabila kita hendak menghadap Allah swt, kita digalakkan untuk membersihkan mulut kerana kebersihan menjadi perkara yang disukai Allah."



"Secara umumnya, amalan memberus gigi selari dengan amalan bersiwak, tetapi ia tidak dapat mencapai tahap sunah yang maksimum.



"Amalan siwak kini dilihat semakin pudar dalam kalangan masyarakat kerana wujudnya ciptaan berus gigi dan ubat gigi. Sememangnya, penciptaan ini tiada sebarang masalah kerana tujuan penciptaannya dengan siwak adalah sama.



"Bagaimanapun, bersiwak mempunyai faedah-faedah tertentu yang tidak dapat diperolehi daripada penggunaan berus gigi."



SIWAK KAYA DENGAN MINERAL



"Sunnah Rasulullah saw pasti ada terkandung hikmat tersendiri. Dari sudut kesihatan, siwak terdiri daripada banyak bahan bermanfaat. Apa yang paling ketara ialah asid antibakteria yang mampu melawan kerosakan. Asid ini akan menjadi pembasmi kuman semula jadi dan mencegah kerosakan pada gigi.



"Sekiranya dikaji, siwak juga adalah ranting yang diperkaya dengan mineral semula jadi yang membantu membersihkan gigi. Bukan semua ubat gigi mempunyai kandungan sama seperti mana yang ada pada kayu siwak.



"Lebih-lebih lagi, kayu siwak mengandungi banyak mineral yang berkhasiat seperti sodium klorida, kalium, sodium bikarbonat dan kalsium oksida. Mineral-mineral inilah yang akan membantu menguatkan dan membersihkan gigi."



MELINDUNGI GIGI DENGAN LEBIH BERKESAN



"Dalam pada masa yang sama, perbuatan bersiwak boleh memutihkan gigi daripada kesan-kesan yang terjadi akibat gaya pemakanan seseorang. Ia juga mengandungi enzim yang boleh mencegah kerosakan gigi.



"Apabila kita bersiwak, ia turut membantu kita meransang produktiviti atau pembentukan air liur sehingga mulut akan menjadi lebih bersih. Selepas itu, air liur tersebut akan membantu penghadaman untuk diproses dengan lebih mudah. Kemudian, ia akan menghadirkan nafas segar dan mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.



"Minyak aroma yang terdapat dalam kayu siwak juga lebih kukuh sebagai antiseptik atau pencegah gusi daripada plak-plak yang menyebabkan keradangan gusi. Harganya lebih murah, tetapi banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya.



"Ternyata, siwak adalah berus semula jadi yang ideal dan mengandungi lebih banyak khasiat berbanding, ubat gigi tiruan yang dijual di kedai-kedai masa kini," jelas Ustaz.



Oleh yang demikian, memberus gigi dianggap tuntutan sunnah kerana menepati maksud bersiwak.



JAGA KEBERSIHAN MULUT SECARA ZAHIR DAN BATIN



Amalan bersiwak juga membolehkan seseorang menjaga kebersihan mulut mengikut sunnah Rasulullah saw dengan lebih menyeluruh.



Jelas Ustaz Pasuni: "Kita bersiwak agar mulut kita sentiasa berada dalam keadaan yang bersih secara total. Setelah bersiwak, mulut kita bukan sahaja bersih dari segi kekotoran fizikal, malah ia mampu menyucikan mulut daripada kotoran batin.



"Dengan pengamalan bersiwak, kita akan berusaha untuk mengelakkan mulut daripada mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya atau menyakiti orang lain secara lisan."



CEGAH 'BISA' MULUT



"Orang yang mempraktikkan amalan bersiwak akan mencegah diri dari dosa-dosa atau 'bisa' mulut seperti berbohong, mengumpat, membuka aib orang lain, menghina, dan menfitnah orang lain.



"Dosa-dosa mulut amat berat dan wajar dielakkan. Maka, amalan bersiwak akan membantu kita dalam usaha mencegah diri dari melakukan dosa-dosa mulut yang hanya akan mendatangkan kemudaratan.



"Teruskan amalan bersiwak untuk menjaga kesucian mulut secara zahir dan batin dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt sehingga menjadikan mulut kita bersih daripada dikotori dengan dosa-dosa yang tidak diingini," seru Ustaz.




USTAZ PASUNI: BERSIWAK MEMPUNYAI FAEDAH-FAEDAH TERTENTU 



"Secara umumnya, amalan memberus gigi selari dengan amalan bersiwak, tetapi ia tidak dapat mencapai tahap sunah yang maksimum.



Amalan siwak kini dilihat semakin pudar dalam kalangan masyarakat kerana wujudnya ciptaan berus gigi dan ubat gigi. Sememangnya, penciptaan ini tiada sebarang masalah kerana tujuan penciptaannya dengan siwak adalah sama.



Bagaimanapun, bersiwak mempunyai faedah-faedah tertentu yang tidak dapat diperolehi daripada penggunaan berus gigi."




BIODATA



Ustaz Pasuni Maulan kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).



Beliau juga pengerusi Masjid Tentera Di-Raja; naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan mantan Pendaftar di ROMM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >