Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Ustaz & Ustazah Instagrammer Coretan Asatizah

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



Usah putus harap kerana Dia Maha Mendengar



YANG Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.



Walaupun seseorang itu tidak dapat menyebutkan perkataan lain, cukup dengan hanya sebutan 'Ya Allah'.



Dia mengetahui perasaan yang tersembunyi dan Maha Mendengar atas semua tangisan dan rintihan.



Justeru, usah berputus harap kerana Dia Maha Mendengar atas semuanya.



Ingat kisah Nabi Zakariyya apabila beliau berbisik kepada Tuhannya meminta dikurniakan seorang anak dan Dia menjawab permintaan itu.



Setiap rintihan, bisikan dan keinginan. Dialog dalaman yang melintas di fikiran.



Pastinya Dia Maha Mendengar.



Dia tidak pernah penat mendengar, dan akan memberikan sepenuh perhatian kepada setiap rintihan.



Sepertimana sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari: "Sesungguhnya zat yang kalian seru (Allah) tidak tuli dan tidak ghaib, tapi Dialah yang Maha Mendengar, Melihat dan dekat dengan kalian."



- Ustaz Fadhil Azman




Ibu bapa contoh terbaik anak-anak



KITA mungkin percaya detik seketika di mana kita menunjukkan kemarahan di hadapan anak-anak tidak akan meninggalkan sebarang kesan.



Namun, sebenarnya ia cukup merosakkan.



Jika kesannya tidak kelihatan sekarang, ia akan muncul dalam jangka masa panjang jika tiada intervensi.



Tiada ibu bapa yang sempurna.



Namun, ibu bapa mempunyai peluang untuk menjadikan sebarang kejadian sebagai pengajaran.



'Luka' ibu bapa tidak seharusnya menjadi 'luka' anak-anak.



Sebenarnya, kitalah yang seharusnya menjadi pelindung, penyokong dan perawat mereka.



Demi membentuk generasi masa depan yang lebih baik, golongan dewasa generasi ini perlu belajar untuk berhenti sejenak dan cermin diri sendiri.



Dapatkan bantuan profesional jika perlu.



Jangan pernah meletakkan anak-anak di bawah tekanan yang tidak wajar disebabkan masalah yang kita hadapi.



- Ustazazh Nadia Hanim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >