Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Wajib usaha untuk ubah nasib, hindari sifat malas

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



SECARA umumnya, tidak semua orang miskin adalah orang yang malas. Perlu diketahui bahawa sesetengah orang dilahirkan dalam nasib yang kurang baik, ujar Ustaz Mohamad Rais.



Oleh itu, mereka terpaksa hidup dalam keadaan yang sukar sejak kecil lagi.



Kata Ustaz Mohamad Rais:



"Jika mereka sudah berusaha, tetapi tidak berjaya dan mereka reda dengan kemiskinan itu, maka ia lebih baik daripada orang kaya yang bermurah hati."



USAHA UBAH NASIB



Menurut Ustaz Mohamad Rais, bagaimanapun, terdapat segelintir golongan yang tidak sedar tentang tahap kemiskinan mereka.



Lalu, mereka mengabaikan punca miskin dan tidak berusaha langsung untuk mengatasi masalah tersebut.



"Sedangkan, Allah swt tidak akan mengubah nasib hamba-Nya melainkan hamba-Nya sendiri mengubah nasib mereka.



"Apabila seseorang itu sedar bahawa dia miskin, maka dia wajib berusaha dan rajin bekerja untuk hilangkan kemiskinannya,'' ujar Ustaz Mohamad Rais.



ISLAM LATIH UMAT MENJADI RAJIN



Tambahan pula, kata Ustaz Mohamad Rais lagi, agama Islam tidak mengajar umatnya menjadi malas.



Dengan segala bentuk perintah dan sunnah yang disediakan, ia akan melatih umat Islam menjadi lebih rajin.



Oleh itu, sesiapa yang benar-benar mentaati suruhan-suruhan Allah swt pasti akan terhindar daripada sikap malas kerana mereka akan terus-menerus melakukan kebaikan.



Contohnya, pelaksanaan solat lima waktu bukanlah suatu perkara yang senang kerana ramai juga yang gagal menyempurnakannya. Tetapi, amalan ini akan menjadi kebiasaan yang mudah bagi orang rajin beribadah, jelas Ustaz Mohamad Rais.



DOA DIJAUHKAN SIFAT MALAS



Sebagai tauladan terbaik, Rasulullah saw sentiasa menunjukkan sifat yang rajin dan menjauhi sifat yang malas.



Menurut Anas bin Malik, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah saw sering memanjatkan doa berikut yang bermaksud:



"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu daripada sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya)." (HR Bukhari)



Walaupun bersifat maksum, tetapi Rasulullah saw sendiri tetap meminta perlindungan daripada Allah dengan doa tersebut agar dijauhkan sifat malas.



ALLAH SUKA ORANG YANG TEKUN



Kehidupan orang yang rajin akan lebih berharga.



Sebab itu, Nabi Muhammad saw menyeru umatnya untuk menjauhkan diri daripada sifat malas.



Jika anda melakukan sesuatu pekerjaan, buatlah dengan tekun dan teliti, kata Ustaz Mohamad Rais.



Sememangnya, Allah swt menyukai orang yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesebuah pekerjaan.



Buktinya dapat dilihat melalui ungkapan Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah iaitu:



"Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." (Riwayat al-Baihaqi).



KELUAR CARI REZEKI



Ustaz Mohamad Rais berkata umat Islam digalakkan untuk keluar mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup masing-masing.



Malah, manusia diperintahkan untuk bergerak dan melihat keadaan dunia dengan menggunakan akal dan fikiran yang dikurniakan Allah.



Lihatlah firman Allah swt yang berbunyi:



"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula." (Al-Mulk:15)



DIDIKAN DARI KECIL



Ibu bapa wajib memainkan peranan dalam mengajar anak-anak tentang sikap rajin.



Anak-anak mesti diajar sejak kecil untuk menjadi seorang yang ringan tulang.



Sikap ibu bapa yang terlalu 'memanjakan' anak akan memakan diri kerana anak-anak pasti gagal berdikari.



Oleh itu, pastikan anak-anak sentiasa dididik dengan sikap rajin agar sikap itu boleh diamalkan berterusan dari kecil hingga dewasa, nasihat Ustaz Mohamad Rais.



NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM



Ambillah pengajaran daripada nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya iaitu:



"Wahai anakku, apabila perut itu penuh, pemikiranmu juga akan tertidur dan hikmah kebijaksanaan akan menjadi bisu."



Jauhi perbuatan 'terlalu kenyang' kerana ia akan mendatangkan sifat malas (fizikal), lalu pemikiran (emosi) juga akan turut menjadi malas. Justeru, hendaklah keluar daripada benda-benda yang membawa kepada kemalasan.



Latih anggota badan menjadi aktif agar pemikiran juga akan menjadi cerdas, tekan Ustaz Mohamad Rais.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >