ICA, HSA rampas vape elektronik dan aksesori bernilai lebih $60,000
Feb 06, 2020 | 11:34 AM
SEJUMLAH 4,000 vape elektronik dan aksesori berkaitan bernilai lebih $60,000 telah dirampas oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu operasi bersama.
Barang-barang terlarang itu dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 23 Januari dan rumah lima penjual yang disyaki, kata HSA dan ICA dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (6 Feb).