Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KESAN PERUBAHAN IKLIM

8 maut akibat hujan lebat di Seoul

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Sekurang-kurang lapan orang maut selepas hujan lebat mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan jalan raya dan serta terowong kereta api bawah tanah tenggelam di kawasan metropolitan pada Isnin lalu.



Menurut pihak berkuasa kelmarin, di bahagian selatan Seoul, hujan direkodkan lebih 100 milimeter (mm) sejam pada lewat semalam dengan beberapa kawasan lain di bandar terbabit menerima hujan sebanyak 141.5mm.



Rekod itu menjadikannya hujan terburuk dalam tempoh 80 tahun, lapor media tempatan yang memetik Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).



Taburan hujan terkumpul di Seoul mencecah paras 420mm setakat jam 5 pagi tadi, dengan ramalan hujan akan lebih lebat.



Di daerah Gangnam, beberapa bangunan terputus bekalan elektrik dan ditenggelami air manakala kereta, bas dan stesen kereta api bawah tanah ditenggelami air menyebabkan orang ramai terkandas selain beberapa premis seperti kedai juga digenangi air.



Sekurang-kurang lima orang maut di sini dan tiga lagi di wilayah Gyeonggi setakat jam 6 pagi kelmarin, yang disahkan ibu pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan.



Daripada jumlah itu, empat mangsa maut akibat terperangkap dalam bangunan yang dinaiki air dan seorang lagi terkena renjatan elektrik, manakala seorang ditemui mati di bawah serpihan struktur perhentian bas dan seorang lagi terperangkap dalam tanah runtuh.



Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera, sementara enam orang lagi hilang. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >