Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KESAN PERUBAHAN IKLIM

Gelombang haba di Britain berlanjut, sekatan air mungkin dilaksana

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Agensi kaji cuaca Britain kelmarin mengeluarkan amaran warna 'kuning' akan berlaku panas terik di negara itu sedang penyedia bekalan air terbesar pula menyatakan sekatan mungkin dilaksanakan.



Ini kerana Britain berdepan dengan gelombang haba lebih panjang untuk seminggu lagi, minggu ini.



Amaran oleh Pejabat Kaji Cuaca itu, meliputi selatan England dan sebahagian timur Wales mulai hari ini hingga Ahad ini, yang menjangka menimbulkan kesan ke atas kesihatan, pengangkutan dan prasarana akibat panas terik.



Suhu cuaca dijangka melonjak ke pertengahan 30-an Celcius untuk beberapa hari, katanya.



Eropah sedang berdepan gelombang haba yang teruk.



Bacaan suhu untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini direkodkan sebagai tahun paling panas dan kering dalam sejarah Italy, menurut data dikeluarkan Institut Sains dan Perubahan Iklim Majlis Penyelidikan Kebangsaan (ISAC- CNR) minggu lalu.



Suhu pada Januari hingga Julai adalah sekitar 0.98 darjah Celcius melebihi purata untuk tempoh sejak 1800, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) sedang suhu pada Julai telah melebihi purata 2.26 darjah Celcius.



Perancis kini bersiap-sedia menghadapi gelombang panas keempat musim ini selepas kemarau terburuk dalam sejarah melanda negara itu - mencecah 37 darjah Celcius di barat daya negara itu Isnin lalu.



Agensi cuaca negara, Meteo France, berkata ia adalah kemarau terburuk sejak 1958. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >