Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hubungan SG-Indo utuh, maju; Perjanjian tiga bidang dimeterai

PM Lee, Presiden Jokowi capai perjanjian liputi pengurusan ruang udara, ekstradisi jenayah serta kerjasama pertahanan yang sebelum ini belum terhurai
Jan 26, 2022 | 05:30 AM



HUBUNGAN dua hala Singapura dan Indonesia mencapai kemajuan besar hasil perjanjian ditandatangani dalam tiga bidang yang sebelum ini menjadi isu berpanjangan yang belum terhurai.



Menyifatkan termeterainya perjanjian itu sebagai cerminan hubungan dua hala yang matang dan utuh, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata ia dilaksanakan dengan cara terbuka dan membina.



Perjanjian itu meliputi pengurusan ruang udara, ekstradisi orang-orang yang diburu dan kerjasama pertahanan.



Beliau dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, menyaksikan acara menandatangani dan pertukaran perjanjian itu dalam Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan semalam.



"Termeterainya perjanjian ini menunjukkan keutuhan dan kematangan hubungan Singapura-Indonesia. Perjanjian ini mengambil kira kepentingan kededua pihak, mencerminkan keseimbangan faedah yang baik, dan adalah perjanjian berdaya tahan yang dapat dikekalkan bagi sekurang-kurangnya satu generasi. Ia mewujudkan asas yang kukuh bagi hubungan dua hala maju ke hadapan dengan keyakinan dan kepercayaan,'' jelas Encik Lee.



Di bawah perjanjian Rantau Maklumat Penerbangan (FIR), kededua negara bersetuju menjajarkan semula sempadan antara FIR Singapura dengan Jakarta bagi tempoh 25 tahun yang boleh dilanjutkan dengan kebenaran kedua pihak.



FIR ialah sempadan udara yang menggariskan tanggungjawab pengurusan ruang udara bagi penguasa penerbangan awam agar pesawat dapat terbang dengan selamat dan berkesan.



Ketika ini, FIR Singapura yang diberikan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada 1946, meliputi ruang udara di Laut China Selatan serta Kepulauan Riau seperti Batam, Bintan dan Natuna.



Dengan perjanjian terbaru, Indonesia mendelegasikan sebahagian khidmat navigasi bagi ruang udara dalam FIR Jakarta ke Singapura.



Kededua negara juga akan sama-sama menghantar pindaan saranan kepada ICAO dan akan berunding sebelum perjanjian itu luput 25 tahun mendatang.



"Perjanjian itu memastikan Lapangan Terbang Changi dapat beroperasi dengan berkesan, selamat dan sepenuhnya, dan menyediakan khidmat kawalan trafik udara bagi berfungsi sebagai lapangan terbang antarabangsa penting dan dapat tumbuh dalam jangka panjang.



"Ini merupakan set perjanjian yang seimbang dan dirundingkan dengan teliti,'' jelas Encik Lee kepada wartawan setempat di akhir Rahat itu semalam.



"Melangkah ke hadapan, kami berharap kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan penerbangan serta pertahanan dan keselamatan kedua-dua negara akan terus diperkukuh berdasarkan prinsip manfaat bersama,'' kata pula Presiden Jokowi.



Singapura dan Indonesia juga bersetuju melaksanakan perjanjian kerjasama pertahanan 2007, serta melaksanakan perjanjian antara angkatan tentera kedua negara bagi kawasan latihan ketenteraan.



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan terus menjalankan latihan ketenteraan dalam kawasan latihan di Indonesia dengan menghormati penuh kedaulatan wilayah Indonesia termasuk ruang udara dan laut sejajar dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-Undang Kelautan (Unclos).



Perjanjian itu sebelum ini ditandatangani pada 2007 tetapi tidak diluluskan Parlimen Indonesia.



Perjanjian pertahanan itu akan berkuat kuasa selama 25 tahun.



Selain itu, Singapura dan Indonesia juga memeterai perjanjian ekstradisi orang-orang yang diburu, yang membolehkan kedua negara membenarkan ekstradisi bagi senarai jenayah yang menyeluruh.



Ketika ini, Singapura mempunyai aturan ekstradisi dengan Brunei, Malaysia dan Britain.



Encik Lee diiringi Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng; dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Cik Sim Ann, yang menggantikan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang tidak dapat hadir kerana mendapat amaran risiko kesihatan (HRW) disebabkan terdedah dengan kes Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >