Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS ikrar kirim lagi $7.5b bantuan ke Ukraine

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menghantar bantuan tambahan bernilai AS$5.5 bilion ($7.58 bilion) ke Ukraine, terdiri daripada sokongan bajet berjumlah AS$4.5 bilion dan bantuan ketenteraan bernilai AS$1 bilion, untuk membantunya mengatasi kemelut pencerobohan Russia.



Geran bajet AS$4.5 bilion itu akan menyokong keperluan segera pemerintah termasuk pembayaran pensyen, kebajikan sosial dan kos jagaan kesihatan.



Ini membawa jumlah bantuan keseluruhan fiskal AS untuk Ukraine kepada AS$8.5 bilion sejak pencerobohan Russia, kata agensi bagi Pembangunan Antarabangsa AS (Usaid).



Dana tersebut, yang diselenggarakan Jabatan Perbendaharaan AS menerusi Bank Dunia, akan disalur kepada pemerintah Ukraine secara bertahap, bermula dengan pengagihan sebanyak AS$3 bilion pada bulan ini, kata Usaid.



Washington juga akan menawarkan sokongan ketenteraan dan keselamatan berjumlah berbilion dolar.



Pakej senjata AS$1 bilion yang diumumkan Pentagon merupakan pakej ketenteraan terbesar di bawah pentadbiran Joe Biden, termasuk menyediakan roket jarak jauh dan kenderaan yang mengangkut peralatan perubatan.



Ia termasuk 50 pengangkutan perubatan kalis peluru M113 dan yang mengangkut pelancar roket jarak jauh, HIMARS, serta sistem peluru berpandu darat ke udara, NASAMS yang dibekalkan AS.



Bantuan fiskal dan ketenteraan - kededuanya yang pertama dilaporkan oleh Reuters Isnin lalu - merupakan sebahagian daripada pakej bantuan sejumlah AS$40 bilion bagi Ukraine yang diluluskan Kongres pada Mei lalu.



Secara keseluruhannya, AS telah menyumbang lebih daripada AS$18 bilion kepada Ukraine tahun ini.



Dana bajet baru ini akan membantu pemerintah Ukraine untuk mengekalkan fungsi asasnya, termasuk bantuan sosial dan kewangan bagi penduduk susah yang kian bertambah, kanak-kanak kurang upaya, dan berjuta orang yang dipindahkan, sedang perang berpanjangan.



Para pegawai Ukraine menganggarkan negara itu berhadapan dengan masalah kekurangan fiskal AS$5 bilion sebulan atau 2.5 peratus daripada produk domestik kasar (GDP) sebelum perang, menyusuli kos peperangan itu dan pendapatan daripada cukai yang berkurangan.



Pakar-pakar ekonomi berkata ini akan menambah defisit tahunan Ukraine kepada 25 peratus daripada GDP, berbanding dengan 3.5 peratus sebelum konflik bermula.



Bank Dunia menganggarkan bahawa sekitar 55 peratus warga Ukraine akan hidup dalam kemiskinan menjelang akhir tahun depan akibat peperangan itu dan sebahagian besar mereka yang dipindahkan, berbanding 2.5 peratus sebelum perang bermula.



Usaid berkata sokongan bajet AS telah membantu pemerintah Ukraine untuk kekalkan saluran gas dan elektrik ke hospital, sekolah dan prasarana kritikal yang lain serta penghantaran segera bekalan kemanusiaan kepada rakyat.



Dana tersebut juga telah digunakan untuk membayar pekerja jagaan kesihatan, guru dan kakitangan awam lain.



Usaid berkata langkah keselamatan telah diletakkan oleh Bank Dunia, berserta pemerhati pihak ketiga yang ditaja Usaid, yang ditempatkan dalam pemerintah Ukraine bagi memastikan dana-dana itu disalur kepada yang sepatutnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >