Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes pecah amanah Zahid: Dibebas atau perlu bela diri ditentukan hari ini

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



PADA hari ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui nasibnya akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.



Datuk Ahmad Zahid yang menjadi Presiden Umno pertama menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah sejak penubuhan parti itu 76 tahun lepas, akan mendengar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.



Sekiranya mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, Datuk Ahmad Zahid akan dibebaskan daripada semua pertuduhan dan keluar dari bangunan mahkamah sebagai seorang yang bebas.



Bagaimanapun, pihak pendakwaan berpeluang mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, dan sekiranya dibenarkan Anggota Parlimen (AP) Bagan Datuk, Perak itu akan dipanggil membela diri.



Dalam kes presiden Umno tersebut pihak pendakwa hanya perlu membuktikan tertuduh melakukan kesalahan terhadap 12 pertuduhan pecah amanah (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi yang dikemukakan pada perbicaraan melibatkan 99 saksi selama 24 hari bermula pada 6 September 2021.



Berdasarkan kepada keterangan dan hujah yang dikemukakan di mahkamah, pihak pendakwa berhujah satu kes prima facie telah dibuktikan dengan jelas berhubung semua pertuduhan terhadap tertuduh.



Kes pihak pendakwaan itu bersandarkan kepada keterangan saksi bahawa Datuk Ahmad Zahid mengarahkan sebahagian daripada wang deposit tetap berjumlah RM17.9 juta ($5.5 juta) milik Yayasan Akalbudi dikeluarkan bagi membolehkan anak perempuannya membeli saham hotel butik di Bali, Indonesia.



Begitu juga keterangan saksi menunjukkan tertuduh mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7.5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wang untuk mengubah wang menjadi cek dan akhirnya dimasukkan ke dalam pelbagai akaun simpanan tetap.



Pihak pendakwa juga mempunyai keterangan mencukupi untuk membuktikan Datuk Ahmad Zahid menerima rasuah berjumlah RM8 juta daripada dua syarikat.



Rasuah itu diterima daripada Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd dan Data Sonic Group Berhad yang berjaya mendapatkan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekalkan cip pasport.



Bagi barisan peguam bela pula berhujah pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap anak guamnya dan memohon mahkamah agar Datuk Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan yang dihadapinya.



Pihak tertuduh mempunyai alasan kukuhnya antaranya tiada berlakunya pecah amanah dana Yayasan Akalbudi seperti yang didakwa kerana berdasarkan kepada 12 pertuduhan itu adalah jelas bekas pembantunya yang mempunyai kawalan ke atas buku cek milik yayasan dan bekas timbalan perdana menteri itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >