Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA: RAHAT PEMIMPIN SINGAPURA-INDONESIA

Langkah ke hadapan dalam hubungan S'pura, Indonesia

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI sinar mentari yang mengiringi kedatangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di Bintan sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia kelmarin, begitulah juga sinar yang mencerminkan hubungan Singapura dan Indonesia.



Menyifatkan hubungan kedua negara itu sebagai 'amat baik', Encik Lee, yang berpakaian batik, mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Joko 'Jokowi' Widodo di rahat itu yang pertama diadakan sejak pandemik Covid-19 melanda.



Banyak yang dicapai dalam rahat sehari itu menunjukkan bahawa kedua-dua negara ingin membawa hubungan dua hala itu ke tahap selanjutnya.



Encik Lee menyatakan hubungan dua hala itu 'mengambil langkah ke hadapan' pada rahat itu, dengan termeterainya set perjanjian seimbang yang menangani isu-isu yang sebelum ini telah berpanjangan.



Isu-isu itu adalah rantau maklumat penerbangan (FIR), kerjasama pertahanan dan ekstradisi orang-orang yang diburu.



"Tiga isu ini amat penting bagi dua negara kami. Ia telah menjadi agenda dua hala sejak berdekad lamanya. Kita telah bekerjasama dan membincangkannya banyak kali sebelum ini. Pada Rahat Pemimpin sebelum ini, Presiden Jokowi dan saya memutuskan ia adalah masanya untuk kita menghuraikan isu-isu dua hala yang telah lama berpanjangan," kata Encik Lee, dalam sidang akhbar bersama Presiden Jokowi.



Selain tiga isu yang dihuraikan itu, mereka juga membincangkan banyak bidang kerjasama baru seperti ekonomi hijau, perbekalan, kemampanan serta membangunkan hubungan lebih erat antara rakyat.



Singapura akan melaburkan AS$9.2 bilion ($12.4 bilion) bagi menyokong pelaburan hijau dan membangunkan hab pelabuhan logistik di Indonesia, kata Presiden Jokowi.



Beliau berkata wang itu akan membiayai projek bekalan di Batam, wilayah Pulau Riau, Pulau Sumba dan Manggarai Barat di wilayah Nusa Tenggara Timur, serta pembangunan hab logistik di pelabuhan Tanjong Priok di Jakarta.



Di sebalik Covid-19, Presiden Jokowi berkata Singapura merupakan pelabur asing tertinggi di Indonesia, melaburkan AS$7.3 bilion ($9.8 bilion) dari Januari hingga September tahun lalu, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negara itu.



"Singapura secara konsisten menjadi pelabur asing utama Indonesia sejak 2014, dan di sebalik pandemik, pelaburan kita telah tumbuh," kata PM Lee.



Pada 2020, pelaburan Singapura di Indonesia meningkat 50 peratus mencapai AS$9.8 bilion.



Indonesia juga merupakan salah sebuah 10 rakan dagangan utama Singapura, dengan dagangan dua hala mencapai $48.8 bilion tahun lalu.



Projek-projek dijalankan kedua negara juga menunjukkan hasil yang memberangsangkan, yang mendorong PM Lee dan Presiden Jokowi untuk meningkatkan usaha sama itu.



Misalnya, Taman Perindustrian Kendal yang dibuka bersama kedua pemimpin itu pada 2016, menunjukkan kelakonan baik.



"Ia telah menarik pelaburan sebanyak AS$1.6 bilion dan akan mewujudkan ribuan pekerjaan," kata Encik Lee.



Hasil kejayaan Taman Digital Nongsa (NDP), Bandar Digital Nongsa (D-Town) dilancarkan sebagai tahap pembangunan NDP selanjutnya.



Singapura dan Indonesia telah melabur jutaan dolar untuk membina Taman Digital Nongsa pada 2018.



Taman seluas 100 hektar itu, yang besar sedikit daripada Kebun Bunga Singapura, berperanan sebagai Zon Ekonomi Khas bagi menjalankan kegiatan ekonomi digital serta pelancongan.



Nongsa D-Town, yang direka Surbana Jurong, bermatlamat menjadi penghubung syarikat dan pekerja bidang teknologi Singapura dan Indonesia.



Apabila siap kelak, Nongsa D-Town dijangka menampung keperluan pekerjaan dan penginapan bagi 8,000 orang.



Hubungan antara dua negara itu tidak akan lengkap tanpa interaksi kukuh antara rakyat termasuk generasi muda yang akan menjadi pelapis kedua negara.



Para pelajar Singapura dan Indonesia akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai program pertukaran dan bekerja sambil belajar.



Langkah ini dapat meningkatkan interaksi dan pemahaman jiran-jiran mereka di rantau ini.



Dan tentunya interaksi antara rakyat itu agak terhad jika sempadan antarabangsa bagi kedua negara tidak dibuka.



PM Lee dan Presiden Jokowi bersetuju dua negara itu akan terus membincangkan untuk meluaskan perjalanan melalui udara dan laut ke lebih banyak destinasi tetapi mengambil kira keadaan Covid-19.



Ia juga akan berbincang dengan Indonesia untuk membentuk aturan perjalanan khas atau gelembung bagi dua hala bagi pelawat ke Bintan dan Batam.



Indonesia mengumumkan Bintan dan Batam, dua pulau pelancongan popular di Indonesia, sedang memperhalusi rancangan membuka semula sempadannya kepada pelancong dari Singapura.



Singapura telah pun mengumumkan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dengan Indonesia pada 29 November.



Pembukaan lebih banyak destinasi di Indonesia memang dinantikan warga Singapura yang gemar berwisata di Indonesia.



Apa pun interaksi antara pemerintah dengan rakyat dua negara berjiran ini, apa yang nyata kehidupan dua tetangga ini saling lengkap-melengkapi.



Bagai isi dengan kuku, hubungan Singapura dan Indonesia yang akrab ini diharap akan terus mekar.



PM Lee amat berterima kasih kepada Presiden Jokowi yang telah menjadi hos kepada rahat yang membuahkan hasil itu.



"Ia menunjukkan bahawa hubungan dua hala berada dalam keadaan yang sangat baik. Kedua-dua negara kita mampu bekerjasama di bawah keadaan yang mencabar, dan menyelesaikan isu-isu lama secara terbuka dan membina.



"Saya yakin kita akan membina asas yang kukuh ini dan membangunkan bidang kerjasama baru untuk memberi manfaat kepada generasi akan datang," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >