Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo mungkin tanding sebagai Presiden Indonesia buat kali ketiga

Aug 10, 2022 | 04:09 PM



JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, kemungkinan bertanding sebagai calon Presiden untuk kali ketiga.

Ini selepas parti politiknya didaftarkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2024, sekali gus memberi petanda kemungkinan beliau bakal menyertai persaingan bagi merebut jawatan utama itu.


Encik Prabowo sebelum ini tewas dua kali kepada Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam pemilihan presiden pada 2014 dan 2019.


Namun, pemerintah Indonesia mengehadkan jawatan presiden negara itu kepada tempoh dua penggal sahaja. Ini bermakna Encik Jokowi akan melepaskan jawatan itu, dan pemilihan akan dilakukan.


Encik Prabowo, 70 tahun,  bekas menantu kepada mantan pemimpin nombor satu Indonesia, Encik Suharto, mendaftarkan partinya, Parti Gerindra pada Isnin lalu (8 Ogos) dan memaklumkan sedia bertanding jika dicalonkan partinya.


“Ini adalah tugas yang mulia, berkhidmat kepada rakyat. Sudah tentu saya akan menerimanya jika dicalonkan,” kata beliau. - Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >