PENDEDAHAN Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Malaysia bahawa ada kepincangan pengendalian projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM$9 bilion ($2.78 bilion), memberi 'peluru' kepada pembangkang untuk terus menyerang parti pemerintah dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan dipanggil pada bila-bila masa.
Pengumuman terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa PRU akan diadakan dalam tempoh terdekat sekiranya pemerintah sedia ada kehilangan sokongan daripada rakan sekutu terutama Perikatan Nasional (PN) akan menyukarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk melawan balik serangan pembangkang kerana isu LCS masih segar dan diikuti ramai terutama para pengundi.