Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Sri Lanka tunjuk perasaan, bantah pemerintah gagal tangani ekonomi, kenaikan tinggi tarif elektrik

Aug 10, 2022 | 03:23 PM



COLOMBO: Sri Lanka terus dilanda kekacauan dengan beberapa tunjuk perasaan  berlaku di ibu kota negara itu, membantah pentadbiran yang tidak berupaya mengatasi kemelut ekonomi dan langkah-langkah yang menekan rakyatnya.


Baru-baru ini pula, tarif penggunaan elektrik dinaikkan sebanyak 264 peratus bagi penggunaan yang rendah. Sementara kenaikan 80 peratus dikenakan kepada penggunaan elektrik yang tinggi.


Lembaga Elektrik Ceylon (CEB) yang mengalami kerugian, berkata pihaknya telah mendapat kelulusan daripada penguasa untuk menaikkan kadar bayaran setinggi itu.


Kenaikan itu adalah yang pertama dibuat dalam masa sembilan tahun dan berkuatkuasa Rabu (10 Ogos).


Sri Lanka mengalami krisis ekonomi paling buruk setelah kehabisan simpanan tukaran asing hingga tidak mampu membiayai import barangan keperluan seperti makanan dan ubat.


Inflasi memburukkan lagi keadaan dan bekalan elektrik sering terputus buat jangka masa  panjang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >