Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

SG, Indonesia bincang luas perjalanan udara, laut ke lebih banyak destinasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

RAHAT PEMIMPIN SINGAPURA-INDONESIA

SG, Indonesia bincang luas perjalanan udara, laut ke lebih banyak destinasi

Jan 26, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Indonesia akan terus membincangkan untuk meluaskan perjalanan melalui udara dan laut ke lebih banyak destinasi, mengambil kira keadaan Covid-19.

Ia juga akan berbincang dengan Indonesia untuk membentuk aturan perjalanan khas atau gelembung (bubble) bagi dua hala bagi pelawat ke Bintan dan Batam, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

PM Lee dan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo mengongsi perincian itu dalam sidang akhbar bersama diadakan sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan semalam.

"Presiden Jokowi dan saya bersetuju untuk meneruskan perbincangan bagi meluaskan perjalanan udara dan kelautan ke lebih banyak destinasi di Indonesia. Tetapi, kami perlu mengambil-kira keadaan Covid-19 dan khususnya, varian Omicron. Kami akan lakukannya pada rentak yang selesa bagi kedua pihak, mengambil kira keadaan kesihatan awam masing-masing," jelas PM Lee.

Kelmarin, Indonesia mengumumkan Bintan dan Batam, dua pulau pelancongan popular di Indonesia, sedang memperhalusi rancangan membuka semula sempadannya kepada pelancong dari Singapura.

Menteri Penyelaras bagi Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, berkata pemerintah Indonesia sedang bersedia melancarkan gelembung perjalanan kerana bilangan kes Covid-19 di kededua pulau itu kini terkawal.

Semua protokol yang diperlukan bagi mengadakan gelembung perjalanan itu telah diadakan, kata beliau.

Di bawah aturan tersebut, pelawat dari Singapura dibenarkan memasuki Indonesia menerusi terminal feri Nongsapura di Batam dan terminal feri Bandar Bentan Telani di Bintan.

Pelawat harus sudah menerima vaksin Covid-19 penuh dan berada di Singapura sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba di Indonesia, menurut risalah yang dikeluarkan oleh pasukan bertindak bagi Covid-19 di Indonesia.

Mereka juga harus menunjukkan hasil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) negatif yang diambil tiga hari sebelum berlepas dari Singapura dan menjalani satu lagi ujian setiba di Indonesia.

Pelawat diuji positif tanpa gejala atau dengan gejala ringan akan dirujuk ke kemudahan pengasingan. Mereka yang mempunyai gejala sederhana atau teruk akan dirujuk ke hospital.

Awal dari itu, Singapura, secara sepihak telah mengumumkan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dengan Indonesia pada 29 November.

Dalam sidang akhbar yang diadakan semalam, PM Lee juga menyentuh mengenai semakan bagi kerjasama dua hala.

"Singapura telah secara konsisten menjadi pelabur asing utama Indonesia sejak 2014 dan di sebalik pandemik, pelaburan itu bertambah," katanya.

Di sebalik Covid-19, pelaburan Singapura di Indonesia meningkat 50 peratus mencapai AS$9.8 bilion ($13.2 bilion) pada 2020.

Singapura juga rakan dagangan ketiga terbesar Indonesia, sementara Indonesia merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Singapura. Dagangan dua hala mencapai $48.8 bilion pada 2020. Perjanjian Pelaburan Dua Hala Singapura-Indonesia juga dilaksana pada Mac tahun lalu.

Kedua pemimpin juga berbincang cara membangunkan hasil kejayaan projek-projek seperti Taman Perindustrian Kendal dan Taman Digital Nongsa (NDP).

Mereka juga menyambut baik pelancaran Bandar Digital Nongsa (D-Town) di Batam sebagai tahap selanjutnya pembangunan NDP.

Taman Perindustrian Kendal yang dibuka bersama kedua pemimpin itu pada 2016, juga menunjukkan kelakonan baik.

"Ia telah menarik pelaburan sebanyak AS$1.6 bilion ($2.15 bilion) dan akan mewujudkan ribuan pekerjaan," kata Encik Lee.

Kementerian Kewangan (MOF) dan bank pusat kedua negara juga telah mengukuhkan hubungan institusi dan mendalami kerjasama kewangan.

Mengenai isu serantau, mereka juga membincangkan keadaan Myanmar yang menurut Encik Lee, 'masih serius'.

Menurut Encik Lee, tidak ada kemajuan besar yang dilakukan Myanmar bagi melaksanakan langkah dipersetujui Asean.

Mereka juga ingin melihat kemajuan dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Sementara itu, Encik Jokowi telah mengundang Encik Lee untuk menyertai Puncak Kumpulan 20 (G20) yang akan diadakan di Bali Oktober ini setelah negara itu mengambil-alih pengerusi bagi G20 sejak 1 Disember tahun lalu.

"Kami amat berbesar hati kerana Indonesia telah menjemput kami. Kami telah menghadiri banyak sidang kemuncak G20 pada masa lalu dan kami sangat gembira dapat hadir lagi tahun ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyumbang kepada perbincangan dan membantu jawatan pengerusi Indonesia dengan jayanya," kata Encik Lee, dalam temu ramah bersama wartawan Singapura bagi menggulung rahat itu yang berlangsung selama sehari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3