Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

S'pura, Indonesia meterai perjanjian isu ruang udara, ekstradisi dan latihan ketenteraan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

S'pura, Indonesia meterai perjanjian isu ruang udara, ekstradisi dan latihan ketenteraan

Jan 25, 2022 | 05:11 PM

 HUBUNGAN dua hala Singapura dan Indonesia mencapai kemajuan besar hasil penandatanganan satu set perjanjian seimbang yang sebelum ini menjadi isu dua hala yang berpanjangan antara kedua negara.

Set perjanjian itu meliputi pengurusan ruang udara, ekstradisi orang-orang yang diburu dan kerjasama pertahanan.

Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo menyaksikan acara menandatangani dan pertukaran perjanjian itu dalam Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan pada Selasa (25 Jan). 

"Kedua negara telah dapat bekerjasama di bawah keadaan yang mencabar, dan menghuraikan isu yang berpanjangan dalam cara yang terbuka dan membina. Saya yakin kami dapat membangunkan asas yang kukuh dan terus membangunkan bidang kerjasama baru yang akan memanfaatkan generasi hadapan,'' kata Encik Lee,  dalam sidang akhbar yang diadakan bersama Presiden Jokowi di The Sanchaya Bintan. 

Beliau menambah perjanjian itu juga mencerminkan keutuhan dan kematangan hubungan kedua negara.

Di bawah perjanjian Rantau Maklumat Penerbangan (FIR), kedua negara bersetuju menjajarkan  semula sempadan antara FIR Singapura dengan Jakarta bagi tempoh 25 tahun, yang boleh dilanjutkan dengan kebenaran kedua pihak.

FIR ialah sempadan udara yang menggariskan tanggungjawab pengurusan ruang udara bagi penguasa penerbangan awam agar pesawat dapat terbang dengan selamat dan berkesan.

Ketika ini, FIR Singapura meliputi ruang Laut China Selatan dan Kepulauan Riau seperti Batam, Bintan dan Natuna.

Perjanjian itu akan menyaksikan Indonesia mendelegasikan sebahagian khidmat pemantauan udara dalam FIR Jakarta kepada Singapura.

Singapura dan Indonesia juga bersetuju untuk melaksanakan perjanjian kerjasama pertahanan, serta melaksanakan perjanjian antara angkatan tentera kedua negara bagi kawasan latihan ketenteraan.

Ia merupakan sebahagian set perjanjian ditandatangani pada Selasa.

Singapura dan Indonesia juga memeterai perjanjian ekstradisi orang-orang yang menjadi buruan, yang membolehkan kedua negara membenarkan ekstradisi bagi senarai jenayah yang menyeluruh.

Ketika ini, Singapura mempunyai aturan ekstradisi dengan negara-negara termasuk Britain, Malaysia dan Brunei.

Rahat itu adalah yang kelima yang diadakan dengan Presiden Jokowi. Rahat terakhir diadakan di Singapura pada 8 Oktober 2019. Meskipun rahat itu sepatutnya diadakan setiap tahun, pandemik Covid-19 menjejas rancangan itu.

Namun, Encik Lee dan Presiden Jokowi saling berhubungan secara tetap dan kali terakhir bertemu Oktober lalu semasa Puncak Kumpulan 20 (G20) di Rome, Italy.

Tetapi, Encik Lee berkata ia adalah penting meneruskan rahat itu kerana ia merupakan wadah utama bagi membincangkan dan meneruskan agenda dua hala.  

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3