Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Virus baru Langya jangkiti 35 orang di China; pakar sedang kaji jika ia boleh merebak sesama manusia

Aug 10, 2022 | 06:12 PM



BEIJING: Satu virus baru, yang boleh berjangkit daripada haiwan ke manusia, telah menjangkiti 35 orang di wilayah Shandong dan Henan, menurut satu kajian saintis dari China, Singapura dan Australia yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.


Setakat ini, tiada bukti penularan dari manusia ke manusia.

Virus yang dinamakan Henipavirus (juga dipanggil Langya henipavirus atau LayV) kali pertama  dikesan pada akhir 2018 tetapi dikenal pasti secara rasmi oleh saintis hanya minggu lalu, lapor The Guardian.


Ia ditemui berkat sistem pengesanan awal berkaitan mereka yang demam dan dengan sejarah pendedahan baru-baru ini kepada haiwan, lapor Bloomberg.


Virus itu ditemui selepas sapuan kerongkong diambil daripada pesakit yang kebanyakannya petani.

Virus itu dianggap sepenuhnya baru, bermakna ia belum  menjangkiti manusia sebelum ini.


Namun, dua virus daripada jenis sama telah dikenal pasti sebelum ini – virus Hendra dan virus Nipah.


Kedua-duanya boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kadangkala membawa maut.

Belum ada vaksin atau rawatan bagi virus itu, lapor The Sun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >