KONSEP teater rakyat yang digunakan untuk pementasan Oh Padi Oh Lalang (OPOL) - naskhah mengenai dilema pelajar berdepan dengan kemelut keluarga dan guru - hasil tinta dan arahan Encik Mohd Hafiz Mohd Yusof ternyata berjaya menimbulkan pelbagai kesan mendalam.
Di tengah-tengah ketegangan, ada unsur lucunya. Di selang-seli babak sedihnya, ada unsur hiburannya.