KIRA-KIRA 50 pelajar Melayu dan bukan Melayu terlibat dalam satu persembahan teater Serat-Serat Pertiwi (SSP) karya dan arahan Anwar Hadi Ramli di Studio Pusat Kebudayaan Politeknik Republik baru-baru ini.
Drama yang sarat dengan dikir barat, tarian tradisional dan joget moden mengulit kesan-kesan pembangunan dan kebangkitan masyarakat Melayu pada tahun-tahun 1960-an sebelum perpisahan Singapura dan Malaysia.