PERSATUAN Seni Halus India Singapura (Sifas) dengan kerjasama Esplanade - Teater Di Pesisiran, akan mempersembahkan konsert berjudul TRIVENI yang menyatukan buat julung-julung kalinya tiga pemuzik klasikal India terulung.
Mereka terdiri daripada pemain tabla tersohor dunia, Ustad Zakir Hussain dan 'maestro' muzik klasikal, Kala Ramnath yang menggesek biola dan Jayanthi Kumaresh, yang memetik veena.