Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 16 tahun rancang serang dua masjid ditahan ISA

Belia India beragama Kristian Protestan dipengaruhi ideologi pelampau sayap kanan; mahu lakukan rancangan sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, NZ
Jan 28, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang membunuh jemaah di dua masjid di sini pada 15 Mac nanti - sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.



Belia India warga Singapura itu beragama Kristian Protestan dan merupakan individu pertama yang ditahan di sini hasil didorong ideologi pelampau sayap kanan.



Bercakap kepada media semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam berkata kebangkitan pelampau sayap kanan di Singapura satu perkembangan membimbangkan dan sebahagian gelombang lebih besar di serata dunia.



''Budak lelaki ini 16 tahun tetapi beliau sangat serius,'' ujar Encik Shanmugam.



''Saya telah mengatakan banyak kali bahawa kecenderungan keganasan seperti ini tidak terhad pada mana-mana kumpulan kaum atau agama. Ia boleh berlaku di kalangan sesiapa.



''Ini melibatkan pendedahan kepada ucapan berbaur benci dan kemudian dipengaruhi olehnya.''



Dalam kenyataannya semalam, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata sejauh ini, remaja itu adalah individu termuda ditahan di bawah ISA bagi kegiatan berkaitan pengganasan. Siasatannya juga menunjukkan remaja itu bertindak sendiri.



Menurut ISD, remaja yang menjadi radikal sendiri itu didapati membuat persiapan dan rancangan terperinci untuk menyerang dengan parang jemaah di Masjid Assyafaah di Admiralty Lane dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands Drive 17.



Kededua masjid itu dekat dengan rumahnya.



Remaja itu, yang dipengaruhi tindakan dan manifesto penyerang dua masjid di Christchurch Brenton Tarrant, juga telah membeli ves taktikal dan berhasrat membeli parang berharga $190 di wadah dalam talian Carousell dan ingin menyiarkan serangannya secara langsung di dalam talian.



Seperti yang dilakukan Tarrant, remaja itu bercadang menampal simbol pelampau sayap kanan dan memasang kamera di ves itu.



Dia juga bercadang mendapatkan kenderaan untuk memandu antara dua masjid itu semasa serangan.



Selain itu, remaja itu juga membuat kajian dalam talian mengenai masjid-masjid yang ingin diserangnya dan menonton video kumpulan militan ISIS.



Sebelum memutuskan untuk menggunakan parang bagi serangannya remaja itu telah menimbangkan menggunakan bom buatan sendiri, senapang atau membakar masjid dengan gasolin.



Akhirnya, beliau memutuskan untuk menggunakan parang dan menonton video di YouTube untuk belajar cara mengelar arteri mangsa di bahagian leher dan dada, kata ISD.



''Dia menjadi radikal sendiri, didorong rasa amat benci terhadap Islam dan tertarik kepada keganasan.



''Dia juga menonton video serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, yang disiarkan secara langsung dan membaca manifesto penyerangnya, Tarrant,'' kata ISD.



Dalam kenyataannya semalam, Majlis Gereja Nasional Singapura (NCCS) berkata ia ia menerima berita mengejutkan mengenai rancangan remaja tersebut dengan amat prihatin kerana ia boleh mencederakan secara serius jemaah di masjid.



Namun, ia percaya insiden itu terasing dan belia itu bertindak demikian bukan kerana pengaruh gereja yang dihadirinya atau sebarang gereja lain di Singapura.



''NCCS menghargai hubungan rapat den gan masyarakat Muslim. Justeru kami ingin memberitahu rakan Muslim tiada perasaan benci antara masyarakat kita dan kita terus komited menewaskan kebencian dan keganasan.''



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata mereka mengecam semua tindakan pengganasan dan keganasan.



''Tindakan ini akan memecahbelahkan masyarakat. Ini satu peringatan bahawa ancaman radikalisasi di dalam talian terus wujud dan dengan media sosial... bahaya ideologi pelampau berada dekat dengan kita,'' ujarnya.



Pertubuhan Silang Agama (IRO) pula menggesa orang ramai menyumbang kepada usaha memerangi kejadian melibatkan ideologi pelampau sedemikian dengan mengukuhkan perpaduan silang agama.



''IRO akan terus memainkan peranannya membina hubungan positif di kalangan masyarakat agama di Singapura,'' katanya.




''Ini perkembangan yang membimbangkan. Ini kes pertama melibatkan pelampau sayap kanan yang menyasarkan Muslim... seorang remaja 16 tahun... yang mendapat inspirasi daripada (Brenton) Tarrant, lelaki yang menyerang masjid di Christchurch, New Zealand, dua tahun lalu. Adalah membimbangkan juga... sejak 2015, kami telah menangkap tujuh orang bawah 20 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Empat ditahan manakala tiga lagi dikenakan Arahan Sekatan... Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) amat berkesan mengenal pasti individu (pelampau) ini, dengan serangan belum berlaku. Namun, mereka hanya perlu berjaya sekali tetapi ISD perlu berjaya setiap kali.''
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




''Saya tidak dapat bayangkan kesan mudarat yang sangat dahsyat menimpa Singapura jika ia (serangan ke atas masjid) berlaku. Keganasan tidak terkait dengan sebarang agama, malah ia berlaku apabila seseorang mempunyai ideologi ekstremisme atas nama agama yang dianuti.''
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



LAPORAN LANJUT:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >