Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon M'sia Raja Ilya tidak lagi anggap leceh ada anak

Aug 09, 2022 | 01:50 PM



PELAKON Malaysia, Raja Ilya, 37 tahun, rasa bersalah pernah terfikir memiliki anak adalah hal yang sangat menyusahkan dan mengganggu rutin hidup sewaktu masih bujang dulu.



Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata rupanya nikmat memiliki anak tidak terhingga apabila beliau sendiri sudah bergelar ibu.



"Bila bujang selalu fikir ada anak ini menyusahkan, susahkan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kena jaga bentuk badan.



"Nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur dan lain-lain.



"Tapi bila sudah ada anak baru rasa semua itu salah. Betapa cerianya ibu-ibu walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah, tapi satu hal apabila sudah ada anak, semua rasa macam saya okey, baik-baik saja," katanya yang ditukil laman Harian Metro.



Pelakon filem KL Vampires itu berkongsi anaknya Talita Love kini dalam fasa kuat menangis namun beliau cukup seronok melalui pengalaman terbabit.



"Sekarang dia tengah melalui fasa 'purple crying' (fasa di mana si bayi menangis untuk tempoh panjang dan sukar dipujuk) dan kepada ibu-ibu, tahulah kamu bagaimana perasaan itu 'kan? Tapi saya tetap rasa tidak mengapalah, saya baik-baik saja.



"Dia seorang bayi yang sangat ceria dan saya bersyukur sangat melahirkannya. Terima kasih Talita Love kerana hadir dalam hidup kami dan menambah keceriaan serta gelak tawa kami. Kami sayang awak," katanya.



Terdahulu, pelakon berkenaan berkongsi selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital King Edward, Perth di Australia, kira-kira 11 pagi waktu tempatan, pada 1 Julai lalu.



Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan berpindah ke Perth.



Beliau juga sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >