Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kurma hampir tiada kolesterol, bahan sesuai bagi berbuka

Apr 22, 2021 | 11:11 PM



Rencana asal diterbitkan pada 15 Februari 1996



HAMPIR tiada kolesterol dan amat rendah kadar lemaknya.



Namun, kurma mengandungi beberapa khasiat penting yang berupaya memberi tenaga secepatnya, menjadikan ia makanan utama yang sesuai semasa berbuka puasa.



Jabatan Makanan dan Pemakanan Kementerian Kesihatan menerangkan bahawa beberapa kajian yang dijalankan ke atas kurma menunjukkan ada sesetengahnya yang sama sekali tidak mengandungi lemak.



Ada pula yang amat sedikit kadar kolesterolnya.



Rata-rata kajian-kajian itu menunjukkan bahawa kurma mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi dan sumber tenaga yang baik.



Kurma berupaya memberi tenaga segera kerana mengandungi unsur yang tidak memerlukan penghadaman dan dapat diserap secara langsung ke dalam aliran darah.



Itu mungkin menyebabkan mengapa ia menjadi makanan pertama semasa berbuka, kata Profesor Madya J. K. Candlish dari Jabatan Biokimia, Universiti Nasional Singapura (NUS).



"Kurma mendatangkan faedah kepada sesiapa saja yang inginkan tenaga secepatnya," kata Profesor Madya Candlish tentang makanan yang mengandungi banyak zat galian dan vitamin itu.



Berbanding dengan makanan berkanji, yang mengambil masa beberapa jam untuk dihadamkan, glukosa dan fruktosa yang terkandung dalam kurma akan terus ke hati dan mengeluarkan tenaga.



Ketua Bahagian Perundingan dan Pengawasan Jabatan Makanan dan Pemakanan, Kementerian Kesihatan, Cik Annie Ling, pula memberitahu Berita Harian:



"Pada umumnya, kurma mempunyai sumber tenaga yang baik.

"Sebagai bandingan, 10 biji kurma kering boleh menyediakan tenaga yang hampir sama banyaknya dengan sepinggan nasi atau enam biji pisang sederhana besarnya."



Kebanyakan tenaga yang terkandung dalam kurma adalah dari gula, yang merangkumi 50 peratus kalori daripada kurma segar dan 80 peratus kalori daripada kurma kering.



Kurma juga mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang diperlukan bagi memudahkan pembuangan air besar.



Sebanyak 10 biji kurma menyediakan 3 gram diet serat, atau sekitar 15 peratus jumlah yang disarankan sehari.



"Memandangkan pelencongan daripada corak makanan biasa, tempoh berpuasa boleh dikaitkan dengan lebih banyak aduan sembelit. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya makan kurma (atau buah-buahan lain) sebagai penambah serat," katanya.



Sementara kurma segar mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi, kurma kering pula mempunyai lebih banyak sumber zat besi dan kalium.



Walaupun kurma merupakan makanan rendah lemak yang sihat, ia tetap menambahkan kalori ke dalam diet seseorang - bagi 10 biji kurma, ia memberikan sekitar 120 kilo kalori.

Jumlah itu adalah peruntukan 10 peratus purata saranan tenaga bagi lelaki dewasa yang banyak duduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >