Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 pekerja asing jalani ujian pantas antigen sejak 18 Okt bagi segera kesan Covid-19

ART
Oct 25, 2020 | 05:32 PM



PEMERINTAH kini sedang menjalankan program perintis ujian pantas antigen (ART) untuk mengesan jangkitan Covid-19 di kalangan pekerja asing dengan lebih cepat.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Kesihatan (MOH) menjalankan program perintis itu sebagai sebahagian daripada ujian rutin berjadual (RRT) bagi pekerja asing.



Di bawah RRT, pekerja asing itu menjalani ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) setiap 14 hari.



Program perintis yang bermula pada 18 Oktober itu melibatkan sekitar 1,000 pekerja yang tinggal di dormitori SCM Tuas Lodge. Mereka merupakan pekerja Sembcorp Marine atau pekerja subkontraktor syarikat itu.



Program perintis itu akan berlangsung selama empat minggu sebelum Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (ACE) yang dibentuk MOM untuk memberi sokongan kepada pekerja asing dan pengendali dormitori dalam mengatasi Covid-19 – dengan rundingan bersama MOH – menilai keberkesanan ART dan sama ada ia sesuai dijadikan sebhagian RRT. 



Di bawah program perintis itu, ART digunakan sebagai ujian tambahan pada hari ketujuh untuk melengkapi ujian PCR yang dijalani pekerja asing itu setiap 14 hari.



Ini bermakna pekerja asing itu akan menjalani satu ujian bagi Covid-19 setiap sekitar tujuh hari.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >