Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atrium pusat beli-belah Westgate dibuka semula selepas paip pecah dibaiki

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



ATRIUM pusat beli-belah Westgate dibuka semula pada awam kelmarin setelah kebocoran yang berlaku akibat paip air yang pecah dibaiki, lapor akhbar Shin Min Daily.



Kebocoran itu berlaku di pusat beli-belah Jurong East tersebut sekitar 8.15 malam Isnin lalu.



Westgate memuat naik satu kemas kini di Facebooknya mengatakan atrium itu telah dibersihkan dan dibuka semula pada pagi kelmarin.



Ini merupakan kes kebocoran air kedua dilaporkan berlaku di pusat beli-belah dalam tiga hari.



Kes kebocoran yang pertama dilaporkan Sabtu lalu di pusat beli-belah NEX di Serangoon.



Video-video yang dimuat naik di media sosial mengenai kebocoran di pusat beli-belah Westgate itu menunjukkan air menitis dari siling palsu yang retak mengalir ke atrium aras dua, di mana pameran jualan diadakan dan orang ramai berkumpul untuk melihat.



Seorang pemilik kedai di pusat beli-belah itu memberitahu akhbar Shin Min Daily bahawa peniaga di pameran itu terpaksa mengalihkan troli dan barangan mereka.



Para peniaga juga menutup gerai mereka setengah jam lebih awal kira-kira pada 8.30 malam.



Kes kebocoran di pusat beli-belah NEX pula menyebabkan sebahagian siling palsu di aras bawah pusat beli-belah itu runtuh.



Beberapa kedai di aras yang sama terpaksa menggantung operasi selama sehari dan dibuka semula pada Isnin lalu.



Jurucakap pusat beli-belah itu berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada kira-kira 6 petang Sabtu lalu.



Kebocoran itu dikatakan berpunca daripada sebatang paip yang tersumbat di salah satu kedai di situ dan menyebabkan air mengalir balik naik ke kawasan kedai di aras pertama.



Paip yang tersumbat itu telah diperbaiki pada 11 malam, namun air masih menitis dari kedai tersebut dan menjejas beberapa penyewa di aras bawah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >