Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahagian pertama Laluan Keliling Pulau dibuka

Penunggang basikal, pejalan kaki boleh nikmati keindahan alam semula jadi di laluan sepanjang 75 kilometer
Jan 23, 2022 | 05:30 AM



BAHAGIAN pertama Laluan Keliling Pulau (RIR) telah dibuka semalam dari timur laut hingga ke selatan Singapura.



Penunggang basikal dan pejalan kaki kini boleh beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi di laluan sepanjang 75 kilometer itu, yang bermula dari Rower's Bay Park di Seletar, sepanjang Sungai Singapura, dan berakhir di Berlayer Creek, berhampiran Hutan Simpanan Labrador.



Dengan terbinanya RIR menjelang 2035 kelak, ia akan menjadi laluan riadah terpanjang yang berhubung di seluruh pulau.



Ini adalah pelan menyeluruh Lembaga Taman Negara (NParks) untuk melaksanakan rangkaian laluan riadah sepanjang 360 kilometer menjelang 2035.



Pembukaan Fasa Satu RIR semalam dilaksanakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat; bersama Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara) Cik Indranee Rajah; dan Penasihat GRC East Coast Dr Maliki Osman, dengan menanam dua pokok di Changi Bay Point - salah satu laluan baru sepanjang RIR.



"Laluan Keliling Pulau ini adalah sebahagian daripada usaha kami yang lebih luas untuk mengubah Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi di bawah Pelan Singapura Menghijau 2030.



"Menjelang 2030, setiap isi rumah akan berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari sebuah taman," kata Encik Heng yang berharap penduduk Singapura menikmati laluan baru RIR itu.



Laluan baru lain yang ditambah adalah di Sengkang Riverside Park dan Jalan Kayu.



NParks juga mengongsi ciri-ciri utama Fasa Satu RIR antaranya adalah dua jambatan penghubung di Changi dan Riverside Park.



Selain itu, terdapat tempat-tempat yang mempamerkan pemandangan indah dan laluan jalan untuk pengunjung lebih dekat ke pantai.



Pengunjung juga boleh mendapati tempat-tempat untuk berteduh yang berkuasa solar, tempat letak basikal, tandas dan mesin layan diri untuk kemudahan.



Pengarah Kumpulan Pembangunan Taman di NParks, Cik Kartini Omar, mengalu-alukan kunjungan orang ramai namun mengingatkan mereka harus mematuhi peraturan jarak selamat.



Beliau berkata: "Saya harap pengunjung tidak tergesa-gesa untuk mengunjung tempat-tempat ini. Anda boleh datang bila-bila masa dan menikmati serta menghargai ruang baru yang kami telah buka untuk orang ramai."



NParks kemudian mengongsi bahawa mereka akan terus memperbaiki RIR sepanjang laluan Timur supaya ia lebih mesra-pengguna.



"Kami akan meluaskan laluan supaya lebarnya enam meter, jika mempunyai ruang," tambah Cik Kartini.



Selain itu, NParks akan terus meningkatkan rangkaian laluan riadah di seluruh pulau dengan 500 kilometer penghubung menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >