Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: ITE, poly main peranan penting bekal bakat AI

ITE, firma teknologi global NVIDIA meterai MOU pertingkat latihan AI bagi pelajar melalui pembentukan Program Kesediaan Tenaga Kerja AI
Jan 20, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik, selain universiti, menyediakan sumber penting bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI).



Bahkan, ITE dan politeknik di sini secara aktif menyediakan peluang bagi pelajar mereka melibatkan diri dalam pembangunan dan penggunaan AI, sesuai dengan strategi AI nasional Singapura untuk menjadi pemimpin dalam pembangunan dan penggunaan huraian berteras AI menjelang 2030.



Mengatakan demikian ketika melancarkan Program Kesediaan Tenaga Kerja AI di ITE Kolej Central semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata terdapat pelbagai peranan pekerjaan yang memerlukan penggunaan dan penyepaduan AI.



"Universiti kita akan terus melatih pelajar untuk memenuhi permintaan semakin meningkat bagi bakat AI, tetapi bakat AI tidak boleh sepenuhnya datang daripada satu sumber sahaja, iaitu lulusan universiti.



"Politeknik dan ITE kita menyediakan sumber penting bakat bagi peranan-peranan ini," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa di ITE, pelajar merentasi semua disiplin pendidikan dilengkapi dengan kemahiran AI asas, termasuk aplikasi teknologi dan kemahiran analisis data.



"Di ITE, pelajar yang sedang menjalani latihan dalam sektor seperti pembuatan, kewangan, logistik dan keselamatan siber turut dilengkapi dengan kemahiran AI (kecerdasan buatan) lebih mendalam dan mereka belajar menggunakan AI dalam sektor-sektor itu.



"Pelibatan aktif pelajar ITE dalam pengerahan projek-projek (AI) ini mencerminkan nilai dan kepentingan lulusan ITE dalam landskap AI.



"Kita harus terus memberi rangsangan dan membangunkan pelajar ITE dan politeknik kita dalam menjadi bahagian penting sistem eko AI di Singapura," ujar Encik Chan.



Ditemui di ITE Kolej Central semalam, Encik Mohammed Haziq Ashrof Mohammed Hanafiah, 18 tahun, yang baru tamat pendidikan di sana dalam jurusan teknologi mekanikal dan sedang menanti untuk menyambung pendidikan dalam kejuruteraan mekanikal, berkata AI membantu beliau dan rakan-rakannya melakukan tugas yang diperlukan dengan lebih teliti dan tepat.



Beliau memberi contoh AI digunakan ketika mereka belajar memasang dan membuka injap.



"AI membantu kami dengan menganalisis apakah kami telah melakukan tugas itu dengan betul.



"Kalau kami tidak menggunakan AI, kami dapat lihat dan tahu kesalahan-kesalahan lumrah dan sering dilakukan, tetapi dengan AI, ia dapat mengesan kesilapan lebih halus.



"Jadi ini membantu meningkatkan kemahiran kami kerana ia mencegah kami daripada melakukan kesilapan-kesilapan tersembunyi," jelasnya.



Semalam, ITE dan firma teknologi global NVIDIA menandatangani satu Memorendum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama tiga tahun untuk meningkatkan latihan AI bagi pelajar ITE melalui pembentukan Program Kesediaan Tenaga Kerja AI.



Ini termasuk menubuhkan kemudahan latihan AI di ITE Kolej Central yang membolehkan pelajar bekerjasama dengan syarikat untuk membangunkan bersama huraian AI bagi keperluan perniagaan.



NVIDIA juga akan melatih pensyarah ITE yang kemudiannya akan mengajar kurikulum AI kepada pelajar ITE.



Sekitar 400 pelajar dijangka meraih manfaat daripada kerjasama itu setiap tahun.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ITE, Cik Low Khah Gek, berkata:



"Yang istimewa tentang kerjasama ini ialah ia membolehkan pelajar kami menggilap kemahiran mereka melalui projek AI di dunia nyata sambil menyokong perniagaan dalam mengguna pakai AI.



"Ini mengukuhkan lagi usaha kami melengkapkan pelajar dengan kemahiran relevan kepada keperluan industri."




"Di ITE, pelajar yang sedang menjalani latihan dalam sektor seperti pembuatan, kewangan, logistik dan keselamatan siber turut dilengkapi dengan kemahiran AI (kecerdasan buatan) lebih mendalam dan mereka belajar menggunakan AI dalam sektor-sektor itu. Pelibatan aktif pelajar ITE dalam pengerahan projek-projek (AI) ini mencerminkan nilai dan kepentingan lulusan ITE dalam landskap AI. Kita harus terus memberi rangsangan dan membangunkan pelajar ITE dan politeknik kita dalam menjadi bahagian penting sistem eko AI di Singapura."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >