MELIHAT gambar arwah datuknya kelihatan segak mengenakan seragam nombor satu mencetus keinginannya menjejak langkah berkhidmat kepada negara.
Pada masa itu, beliau masih di sekolah menengah tetapi memutuskan mahu menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan mengenakan seragam serupa apabila dewasa nanti.
Kini, Sarjan Ketiga (3SG) Nur Farah Atiqah Mohamad Ah Halim, 26 tahun, berjaya membuat impiannya menjadi kenyataan setelah melalui Kursus Kadet Spesialis (SCC) selama 22 minggu.
Lebih daripada berpeluang memakai seragam segak, pegawai tetap SAF itu mahu berkhidmat kepada negara bagi membawa perbezaan kepada kehidupan orang lain.
"Setelah tamat sekolah, saya mencari kerja lain dan tidak teringat impian saya menyertai SAF.
"Hanya setelah suami saya, yang juga pegawai tetap SAF, mengongsi pengalaman mengenai latihan dan tugasnya, keinginan menyertai SAF bangkit semula.
"Pada mulanya keluarga saya tidak begitu ghairah mengenai keputusan saya menyertai SAF.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

"Mereka khuatir, sebagai wanita, bagaimana saya dapat mengimbangi tanggungjawab keluarga dengan latihan," kata anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu.
Namun, keinginan menceburi kerjaya mencabar mendorong 3SG Nur Farah meneruskan niat sehingga keluarganya akhirnya memberi sokongan penuh.
Berkat azamnya, beliau dianugerahi Bayonet Perak - anugerah kedua paling berprestij diberi semasa majlis tamat perbarisan bagi 1,134 kadet spesialis SAF baru-baru ini.
Perbarisan Tamat Kursus Kadet Spesialis (SCGP) yang ke-32 itu diadakan di Kem Pasir Laba.
Hadir sebagai pegawai reviu ialah Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan), Dr Janil Puthucheary.
Menyingkap latihan yang dijalaninya dalam hutan, 3SG Nur Farah berkata: "Saya dilantik ketua seksyen dan bertanggungjawab memimpin 14 anggota. Memang tidak dinafikan pada mulanya ada tanggapan bahawa sebagai wanita, saya tidak mahir memberi arahan jalan atau tidak setanding kadet lelaki lain dari segi jasmani.
"Namun, saya tidak putus asa. Secara keseluruhan, terdapat enam kadet wanita, termasuk saya, dan kami terus memberi semangat kepada satu sama lain."
Mengongsi motivasinya menjalani latihan, yang disifatkannya tetap sama tidak kira jantina, 3SG Nur Farah berkata keluarga dan suaminya menjadi pendorong utama.
"Berdasarkan pengalamannya menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersama SAF dulu, abang saya juga menasihatkan saya agar bersedia dari segi mental dan jasmani.
"Saya berpuas hati berjaya menjalani kursus ini. Anugerah Bayonet Perak ini sebagai tanda pengiktirafan usaha dan kerja keras saya," ujar beliau.