Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

DPPMS: Peniaga dinasihat penuhi syarat kembalikan wang pelanggan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DPPMS: Peniaga dinasihat penuhi syarat kembalikan wang pelanggan

Jan 19, 2022 | 05:30 AM

PENIAGA di sini dinasihati agar terus memenuhi syarat pengembalian wang kepada pelanggan, walaupun sukar memprosesnya disebabkan kesan pandemik terhadap kos mereka.

Peniaga juga dinasihatkan agar sentiasa mengekalkan saluran perhubungan dengan pelanggan sepanjang proses itu agar kedua-dua pihak sentiasa dimaklumkan tentang status pengembalian wang itu.

Demikian dinyatakan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menyusuli isu sebuah syarikat penyedia khidmat walimah yang tidak memenuhi syarat pengembalian wang dalam kontrak kepada mempelai yang majlis mereka terjejas sekatan Covid-19.

Beliau berkata syarikat di sini dinasihatkan supaya terus mengamalkan etika yang baik dengan pelanggan meskipun menghadapi cabaran pandemik dan memberi tumpuan kepada usaha rundingan bersama dengan pelanggan sebaik mungkin.

Justeru, tindakan penguatkuasaan dan pengadilan sebaiknya digunakan sebagai langkah terakhir, tambah Encik Farid.

"Walaupun Dewan memahami keadaan semasa pasti akan menjejas proses dan operasi perniagaan, kami menasihatkan peniaga supaya terus mengamalkan etika yang baik apabila mengendali pelanggan.

"Oleh kerana pengembalian wang itu agak sukar akibat implikasi kos daripada Covid-19, kami menasihatkan agar peniaga terus memenuhi pengembalian wang itu kepada pengguna menerusi pembayaran secara selang seli atau ansurans untuk menawarkan sedikit ketenangan kepada kedua-dua pihak," kata Encik Farid lagi.

Selain daripada itu, Dewan turut menasihatkan pelanggan dan bakal mempelai agar mereka membuat tempahan tempat acara semasa tempoh ini dengan lebih teliti.

Pasangan perlu memastikan atur cara majlis mereka serta syarat urus niaga mematuhi langkah pengurusan selamat semasa yang boleh berubah berdasarkan keadaan pandemik.

"Dengan itu, pasangan perlu memastikan kontrak mereka itu lengkap dan komprehensif sebelum membuat persetujuan dan membuat sebarang pembayaran," kata Encik Farid.

Beliau menjelaskan mandat DPPMS ditumpukan terutamanya kepada syarikat kecil dan sederhana (SME), dan dengan itu, Dewan akan terus menawarkan nasihat dan maklumat kepada peniaga tentang bagaimana mengendali kontrak semasa tempoh ini.

"Namun ia berbalik kepada tanggungjawab setiap SME bagi memastikan mereka menguruskan dan memenuhi kontrak mereka secara etika buat mereka sendiri dan pelanggan mereka," kata Encik Farid lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3