Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua beradik ditemui mati dalam longkang besar di Upper Bukit Timah

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



SEPASANG adik-beradik lelaki kembar berusia 11 tahun, telah dijumpai mati, di dalam longkang besar dekat taman permainan di Greenridge Cresent di Toh Yi, Upper Bukit Timah, petang kelmarin.



Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM), polis berkata mereka menerima panggilan kecemasan daripada bapa kedua-dua budak lelaki itu yang berada di taman permainan Greenridge Crescent pada Jumaat sekitar 6.25 petang.



"Apabila polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua anak lelaki, lelaki itu yang berusia 11 tahun, dijumpai terbaring tidak sedarkan diri dalam longkang besar serta disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik," kata polis.



Siasatan polis mengenai kes kematian kededua budak lelaki itu, masih berjalan, tambah polis lagi.



Jeritan minta tolong kedengaran 2 kali



Berita Minggu (BM) difahamkan tiada tangkapan dibuat sejauh ini dan polis sedang mencari seorang suspek lelaki.



Pemandu teksi yang menerima pesanan teks, yang polis sahkan kepada BM sebagai tulen, diberitahu agar berwaspada terhadap seorang lelaki yang tidak diketahui bangsanya dan kali terakhir dilihat pada 3 petang di daerah Greenridge Crescent.



Menurut teks itu, ia menyifatkan lelaki tersebut sebagai berusia antara 30 dengan 40 tahun, berkulit sawo matang, memakai kemeja kelabu dan memakai kasut sukan.



Apabila wartawan tiba di taman permainan sekitar tengah hari, terdapat dua kenderaan polis di sekitar Greenridge Crescent manakala pegawai berpakaian biasa kelihatan sedang berbual dengan penduduk di sekitar estet Eng Kong.



Pegawai polis dari Kontinjen Gurkha pula dilihat berjalan di longkang berdekatan dan kawasan hutan di belakang taman permainan.



Sekitar 4 petang pula, kelihatan tiga individu bersama Encik Fong, pemilik syarikat Ying Feng Shui Funeral Services, yang juga merupakan teman kepada keluarga mangsa, melakukan upacara keagamaan di longkang besar.



Longkang besar itu seluas sekitar dua meter dan beberapa 'kusyen' juga dilihat terapung di longkang itu.



Di situlah kedua-dua mayat yang difahamkan kembar berkeperluan khas ditemui.



Encik Fong mengesahkan keluarga mangsa telah mengarah syarikatnya untuk melakukan upacara keagamaan.



Menurutnya, antara yang hadir ialah seorang anggota keluarga dan seorang lagi teman keluarga.



"Keluarga dalam keadaan sedih sekarang dan hanya mahu ketenangan," katanya.



BM dapat melihat beberapa polis berpakaian preman berjalan di sepanjang longkang itu dan meninjaunya.



Penduduk yang ditemui dan tinggal di kawasan itu berkata mereka melihat deretan kereta polis dan kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di situ sekitar 6.45 petang kelmarin.



Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata beliau dapat melihat limpahan pancaran cahaya lampu dan anjing dari unit K-9 dikerahkan pada sebelah malam dan polis hanya beredar sekitar tengah malam.



Seorang lagi penduduk yang tinggal berdekatan dan hanya mahu dikenali sebagai Encik Raj, 57 tahun, berkata polis dilihat mengepung dan meronda kawasan hutan berdekatan dengan longkang besar itu.



"Saya lihat van polis dan askar mengenakan beret merah meronda sekitar kawasan ini. Saya sangkakan ia merupakan satu latihan ketenteraan.



"Tengah hari semalam, polis datang ke rumah saya untuk bertanya jika saya ternampak jiran di taman permainan itu dari 4 petang hingga 7 malam dan jika rumah saya mempunyai rakaman kawalan litar tertutup (CCTV)," kongsinya yang sudah tinggal di estet itu sekitar 25 tahun.



Seorang lagi penduduk yang rumahnya bersebelahan dengan longkang besar itu, Encik Yim, berkata pembantu rumahnya terdengar jeritan meminta tolong sebelum 7 malam kelmarin.



"Pembantu rumah saya terdengar jeritan, katanya suara wanita, meminta tolong sebanyak dua kali sebelum ia terhenti, tetapi beliau sangkakan ia sekadar jeritan biasa kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan.



"Namun sekitar 15 minit kemudian, polis datang mengetuk rumah saya.



"Pada sebelah malam, dari jendela rumah saya juga, saya dapat lihat dua beg mayat dibawa keluar sama ada dari longkang atau kawasan berdekatan," ujarnya.



Tambahnya, sebuah kereta oren jenama Jepun ditunda pergi malam kelmarin.



"Saya tidak pernah melihat kereta itu di estet ini," tambahnya.



Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah GRC, Cik Sim Ann menulis dalam pos Facebook:



"Ini merupakan satu tragedi menyayat hati dan tidak terfikir boleh terjadi terutama kepada sesiapa yang merupakan ibu bapa.



"Saya tahu berita ini amat mengejutkan dan mengecewakan masyarakat kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >