Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA lanjut langkah jamin bekalan tenaga, stabil harga

Jun 17, 2022 | 05:30 AM



DENGAN kekurangan tenaga terus membelenggu dunia, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan melanjutkan langkah yang diumumkannya sebelum ini untuk menjamin bekalan tenaga Singapura dan menstabilkan harganya hingga hujung Mac tahun depan, menurut EMA semalam.



Sementara mereka tidak dapat melindungi pengguna daripada harga elektrik yang lebih tinggi, EMA menekankan bahawa adalah penting ketidakstabilan tenaga sedunia itu tidak mengganggu bekalan elektrik Singapura dan menjejas operasi pasaran tenaga setempat.



September lalu, EMA telah mengumumkan beberapa langkah termasuk membentuk prasarana gas asli cecair (LNG) siap sedia yang boleh digunakan syarikat yang menjana elektrik (genco) untuk menjana elektrik apabila bekalan gas asli mereka menghadapi gangguan.



EMA juga telah mengarahkan genco untuk memperoleh bahan api yang mencukupi untuk menjana elektrik serta mengubah beberapa peraturan pasaran.



EMA akan turut melanjutkan Skim Bantuan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) yang antara lain bertujuan membantu pengguna besar elektrik di Singapura, termasuk pusat beli-belah dan prasarana perkilangan, mendapatkan kontrak di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran elektrik sekarang.



Pengguna yang layak bagi skim yang dilancarkan Januari lalu itu adalah pengguna komersial dengan kadar penggunaan bulanan purata sekurang-kurangnya 4,000kWh, atau 4 megawatt (MWh), iaitu 10 kali ganda daripada penggunaan bulanan purata bagi sebuah flat HDB empat bilik.



EMA terus pantau keadaan tenaga sedunia



EMA berkata Sembcorp Power dan Keppel Electric akan terus menawarkan pelan harga tetap jangka panjang bagi pengguna yang menggunakan 4MWh hingga 50MWh elektrik sebulan secara purata.



EMA juga berkata mereka akan terus memantau keadaan dan mempertimbang untuk melanjutkan langkah itu lagi jika perlu, bergantung pada situasi tenaga sedunia dan kesannya pada Singapura.



Negara ini bergantung pada gas asli yang diimport bagi sekitar 95 peratus keperluan elektriknya dan harga elektrik di sini telah melonjak sejak September lalu selepas harga gas mula naik di seluruh dunia.



Ini didorong kegiatan ekonomi yang bertambah menyusuli pemulihan daripada pandemik Covid-19 serta musim sejuk, dengan rizab gas semula jadi habis digunakan.



Malah, perang Russia-Ukraine juga menambahkan risiko gangguan terhadap gas dan minyak.



"Harga gas sedunia telah banyak meningkat disebabkan permintaan yang tinggi dan bekalan gas yang berkurangan.



"Pasaran tenaga dijangka kekal tidak stabil dengan konflik yang berlarutan di Ukraine serta permintaan bagi tenaga yang bertambah... menjelang musim sejuk akan datang," ujar EMA menerusi satu kenyataan semalam.



EMA turut menarik perhatian bahawa negara Asia dan Eropah telah mula mendapatkan bekalan bahan api, termasuk gas, sebagai persiapan menjelang musim sejuk akan datang.



EMA berkata langkah itu telah membantu memastikan terdapat bekalan bahan api dan elektrik yang mencukupi serta menstabilkan Harga Tenaga Singapura Tetap (USEP) kepada sekitar kos penjanaan elektrik.



USEP, yang mencerminkan harga sebenar elektrik dan berubah setiap setengah jam bergantung pada dinamik permintaan dan bekalan dalam pasaran borong Singapura, adalah $350/MWh secara purata bagi lima bulan pertama tahun ini.



Ini lebih rendah berbanding $460/MWh secara purata bagi suku terakhir tahun lalu.



Naib presiden Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (Asme), Encik Ang Yuit, berkata terdapat banyak ketidakstabilan dalam pasaran, lebih-lebih lagi dengan kos yang meningkat sekarang.



"Sekurang-kurangnya dengan skim TRECS, harga elektrik telah sedikit sebanyak stabil dan ini baik bagi perusahaan," ujarnya.



Tambahnya, sesetengah perniagaan, khususnya dalam sektor makanan dan minuman (F&B), perlu mengambil langkah seperti mematikan alat hawa dingin pada waktu tidak sibuk untuk menangani kos elektrik.



Dalam jangka masa panjang, beliau berkata lebih banyak perniagaan mungkin akan mengkaji penjimatan tenaga dalam operasi mereka.



Dalam pada itu, EMA berkata pemerintah akan terus membantu pengguna yang layak menghadapi tekanan kos yang kian meningkat.



Tambahnya, Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diperkenal sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2022 akan membantu isi rumah yang layak membiayai kos bil elektrik yang lebih tinggi.



Sementara itu, perniagaan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh memanfaatkan program pinjaman yang ditawarkan Enterprise Singapore (ESG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >