Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: #NOTAPIS TENTANG ISU PEKERJAAN

Fahmi: Manfaat lebihi gaji yang diraih wanita kembali bekerja

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



ADA beberapa cabaran yang perlu ditangani dalam usaha menggalak kaum perempuan kembali menyertai pasaran kerja selepas sekian lama tidak bekerja.



Namun, manfaat yang boleh diraih oleh seisi keluarga, terutama bagi keluarga dengan anak-anak, apabila seseorang ibu kembali bekerja, melebihi gaji bulanan yang stabil semata-mata, kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



"Saya ingin tekankan... gaji tambahan berbanding gaji daripada bapa sahaja kan lebih bagus. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran anak-anak, pergi tuisyen dan sebagainya. Keluarga juga ada sedikit kemewahan, yang boleh digunakan untuk membantu perbelanjaan lain," kata Encik Fahmi.



"Yang terakhir, bagi penghuni rumah sewa, pekerjaan stabil memberi mereka peluang mendapatkan rumah sendiri. Ini kerana gaji dari dua sumber boleh menambah peluang mereka layak mendapat pinjaman perumahan dan selanjutnya, mereka boleh keluar dari rumah sewa dan memiliki rumah sendiri."



Encik Fahmi berkata demikian semasa memberi perincian lanjut mengenai dua kumpulan pekerja yang ingin dijadikan fokus melalui bidang tumpuan Pekerjaan dan Daya Tahan Pekerja di bawah MKuasaTiga (M3), semasa menyertai perbincangan mengenai masa depan pekerjaan dalam rancangan podcast #notapis yang diterbitkan Berita Harian (BH).



Turut menyertai sesi perbincangan itu ialah dua anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, Encik Abdul Samad Abdul Wahab dan Encik Sazali Zainal.



MEMBANTU WANITA KEMBALI BEKERJA



Bidang tumpuan itu, yang diumumkan sebagai bidang tumpuan keempat (FA4) M3 semasa ia dibentuk tahun lalu, kini beralih tumpuan daripada sekadar membantu pekerja mengatasi cabaran Covid-19, kepada usaha membantu pekerja gig mendapat pekerjaan lebih stabil dan menggalak perempuan yang tidak bekerja kembali menyertai pasaran kerja, kata Encik Fahmi, yang ditugaskan memimpin bidang tumpuan tersebut.



Jun lalu, dapatan Banci Penduduk 2020 yang dilaporkan berkaitan penyertaan wanita dalam pekerjaan menunjukkan jumlah pekerja wanita Melayu berkurangan, terutama yang berusia antara 25 tahun dengan 39 tahun.



Ini sedang jumlah wanita yang bekerja di Singapura meningkat secara keseluruhan berbanding sedekad lalu.



Peratusan wanita Melayu yang bekerja sebelum usia 25 tahun pula lebih tinggi berbanding masyarakat lain, yang mencadangkan mereka terpaksa keluar lebih awal daripada sistem pendidikan.



Mengulas lebih lanjut mengenai wanita dan pekerjaan, Encik Fahmi berkata ramai wanita Melayu yang kini tidak bekerja tetap berkelayakan tetapi mahukan cara pekerjaan yang lebih fleksibel supaya mereka juga boleh memenuhi komitmen menjaga keluarga di rumah.



"Mengadakan keadaan pekerjaan yang fleksibel juga adalah antara cadangan yang telah dikemukakan Mendaki dan perkara ini sedang diperbincangkan," ujar Encik Fahmi.



Beliau berkata satu cara berbuat demikian adalah dengan mengadakan sistem pekerjaan yang membayar gaji yang setimpal dengan waktu pekerjaan yang dikurangkan.



"Kami sedang meneroka pelbagai cara membantu pekerja wanita kita kembali bekerja," ujar Encik Fahmi, yang juga pengarah jabatan operasi dan pengerahan di Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Encik Abdul Samad berkata cabaran menggalak wanita kembali bekerja adalah rumit dan memerlukan huraian jangka panjang dan mampan.



Beliau berkata huraian harus mengambil kira perkara yang dianggap penting bagi wanita yang telah berumahtangga, seperti tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya.



"Justeru, kaum wanita harus membuat penilaian sendiri sama ada untuk menjaga keluarga (mengikut cara yang paling selaras dengan kemahuannya) atau mendapat lebih (dengan bekerja)," kata beliau.



Beliau turut menekankan peri pentingnya mempunyai tempat kerja yang memberi fleksibiliti atau kelonggaran bagi wanita mengimbangi tuntutan keluarga dan di pejabat.



CABARAN DAPATKAN PEKERJA BAGI SEKTOR MEMBANGUN



Dalam pada itu, satu peluang pekerjaan yang boleh diterokai adalah dalam sektor membangun, seperti kuasa bersih dan juga dalam sektor yang terjejas akibat pandemik dan kini sedang berusaha pulih, kata Encik Sazali.



Encik Sazali, yang juga merupakan Setiausaha Besar Kesatuan Pekerja ST Engineering, berkata mungkin usaha menarik pekerja ke sektor-sektor seperti ini perlu dilakukan dari peringkat institusi pengajian, di mana lulusan baru bersikap ragu-ragu menyertai sektor sedemikian.



"Ada lulusan ITE dan politeknik dalam bidang aeroangkasa takut hendak menceburi sektor aeroangkasa kerana sektor ini terjejas teruk (akibat Covid-19) dan satu keprihatinan adalah mereka akan beralih ke sektor lain," ujar Encik Zainal.



"Satu cara menarik pekerja ke sektor yang terjejas ini adalah untuk majikan menawarkan gaji yang menarik, namun perkara ini mungkin tidak dapat dilakukan pada masa ini, sedang sektor ini berusaha pulih dari pandemik ini."




“Saya ingin tekankan... gaji tambahan berbanding gaji daripada bapa sahaja kan lebih bagus. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran anak-anak, pergi tuisyen dan sebagainya. Keluarga juga ada sedikit kemewahan, yang boleh digunakan untuk membantu perbelanjaan lain. Yang terakhir, bagi penghuni rumah sewa, pekerjaan stabil memberi mereka peluang mendapatkan rumah sendiri. Ini kerana gaji dari dua sumber boleh menambah peluang mereka layak mendapat pinjaman perumahan dan selanjutnya, mereka boleh keluar dari rumah sewa dan memiliki rumah sendiri.”
– Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman



“Kaum wanita harus membuat penilaian sendiri sama ada untuk menjaga keluarga (mengikut cara yang paling selaras dengan kemahuannya) atau mendapat lebih (dengan bekerja).”
– Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, Encik Abdul Samad Abdul Wahab



“Ada lulusan ITE dan politeknik dalam bidang aeroangkasa takut hendak menceburi sektor aeroangkasa kerana sektor ini terjejas teruk (akibat Covid-19) dan satu keprihatinan adalah mereka akan beralih ke sektor lain.”
– Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, Encik Sazali Zainal mengenai peluang di sektor membangun




EMPAT BIDANG TUMPUAN M3



  • Bidang tumpuan mengenai Pekerjaan dan Daya Tahan Pekerja dilancarkan oleh MKuasaTiga (M3) pada Oktober 2020 dan pasukan bertugas dibentuk oleh Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, Anggota Parlimen (AP) Cik Mariam Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki Cik Zuraidah Abdullah dan pengarah Jabatan Khidmat Kreatif dan Profesional di Workforce Singapore Cik Gillian Woo.

     

  • Antara lain, bidang tumpuan ini bertujuan memadankan pekerja Melayu/Islam dengan peluang pekerjaan, mempertingkat keupayaan mereka melalui pembelajaran sepanjang hayat dan mempersedia tenaga kerja pada masa ini dan di masa depan untuk merebut peluang pekerjaan dalam ekonomi pasca Covid-19.

     

  • Pekerjaan dan Daya Tahan Pekerja adalah satu daripada empat bidang tumpuan M3, selain Perkahwinan, Keibubapaan dan Pengasuhan Anak-Anak dari usia Awal; Individu dan Keluarga Berisiko; dan Memperkasa dan Menjadi Mentor kepada Belia.

     

  • M3 ialah entiti yang menggabungkan usaha tiga institusi utama masyarakat Melayu/Islam - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki, dan Mesra (Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat) - dalam usaha mendekati masyarakat dan memadankan individu dan keluarga dengan khidmat yang diperlukan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >