Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Gaji lebih tinggi bagi sekitar 3,000 pekerja industri pengurusan sisa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gaji lebih tinggi bagi sekitar 3,000 pekerja industri pengurusan sisa

Pekerja juga boleh jangkakan peningkatan kemahiran di bawah Model Gaji Progresif
Jan 25, 2022 | 05:30 AM

SEKITAR 3,000 pekerja industri pengurusan sisa akan memiliki prospek kerjaya yang lebih baik, dengan gaji lebih tinggi dan kemahiran dipertingkat di bawah satu Model Gaji Progresif (PWM) baru yang akan dilaksanakan untuk industri itu mulai 1 Julai tahun depan.

Ini diumumkan Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Pengurusan Sisa (TCWM), yang merangkumi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), majikan dan pihak berkepentingan lain, semalam.

PWM bagi industri pengurusan sisa itu menyediakan dua tangga kerjaya yang berasingan bagi sektor pengumpulan sisa dan sektor pemulihgunaan bahan.

Setiap daripadanya menyediakan maklumat tentang gaji asas dan kenaikan gaji tahunan bagi setiap tangga kerja yang berbeza, dan laluan yang jelas bagi peningkatan kemahiran dan kerjaya.

TCWM dalam laporannya yang dikeluarkan semalam berkata kenaikan gaji akan dilaksanakan setiap tahun dari 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2029 bagi semua tangga kerja, dengan gaji dinaikkan sekitar 6 hingga 8 peratus dalam kadar pertumbuhan terhimpun tahunan (CAGR), bergantung pada peranan kerja yang dilakukan.

Contohnya, gaji asas seorang pekerja kru pengumpulan sisa adalah $2,210 sebulan apabila PWM dilaksanakan tahun depan, dan ia akan naik kepada $2,420 pada 2024 dan $3,260 pada 2028.

Di samping itu, pekerja akan mendapat gaji kerja lembur (overtime) setiap jam minimum yang ditetapkan.

Majikan juga perlu membayar bonus mandatori setiap tahun, yang berjumlah sekurang-kurangnya sebulan gaji asas pekerja, kepada mereka yang layak mulai Januari 2024.

Keperluan latihan bagi pekerja juga dipertingkat demi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran mencukupi untuk melaksanakan tugas dan sedia melakukan kerja dengan nilai lebih tinggi sedang industri menjalani transformasi.

Saranan tersebut diterima pemerintah semalam.

Ini merupakan PWM kelima yang akan dilaksanakan, setelah diperkenalkan bagi industri keselamatan, pembersihan, landskap, dan penyenggaraan tangga gerak dan lif.

Pengerusi TCWM, Encik Fahmi Aliman, berkata pengurusan sisa merupakan sebuah khidmat penting dan pekerjanya bekerja keras demi memastikan persekitaran dijaga bersih, sambil menekankan bahawa kerja mereka itu harus diiktiraf.

"TCWM telah bekerja keras selama setahun lalu untuk memperkenalkan PWM yang akan meningkatkan gaji dan kemahiran serta mempertingkat peluang pembangunan kerjaya pekerja pengurusan sisa, dan dengan masa, menarik lebih ramai pekerja ke dalam industri ini.

"Di luar PWM, TCWM akan meneruskan usaha mempertingkat imej industri, dan menggesa masyarakat untuk mengiktiraf dan menghargai kepentingan tenaga kerja pengurusan sisa kita, terutamanya di tengah-tengah cabaran Covid-19 ini," kata beliau.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata PWM bagi industri pengurusan sisa itu diharapkan dapat menarik lebih ramai penduduk tempatan menyertai industri tersebut.

"Kita akan menyaksikan pertumbuhan kenaikan gaji sekitar 50 peratus dalam tahun-tahun mendatang… saya rasa ini satu hasil yang baik, dengan rundingan antara kesatuan dengan majikan. Namun, pada masa yang sama, kami mahu lihat sektor ini berubah dalam cara yang bermakna dan mampan," kata beliau.

LAPORAN SELANJUTNYA: Gaji asas pekerja industri urus sisa dijangka naik sekitar 6-8%

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3