Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga ayam di sini tinggi tetapi mula stabil: Peniaga

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



HARGA ayam di Singapura kini lebih stabil selepas terus meningkat selama beberapa minggu sebelum ini ekoran langkah Malaysia melarang eksport ayam segar sejak 1 Jun lalu.



Beberapa penjual ayam setempat yang dihubungi Berita Harian berkata mereka kini lega sedikit namun berkata harga ayam sekarang berada di paras yang tinggi.



Encik Ilmi Izhar yang mengendali gerai ayam Mutiara 99 di pasar Geylang Serai berkata selepas larangan eksport ayam itu dilaksana Malaysia, harga ayam yang dibekalkan ke kedainya naik setiap beberapa hari.



"Dua minggu pertama dalam bulan Jun ini, tempoh itu yang paling terasa kenaikannya. Selepas itu mula stabil tapi belum turun lagi.



"Tapi saya lega harga dah stabil kerana sekarang saya boleh berikan tumpuan sepenuhnya untuk menjual kerana sebelum ini selalu bimbang dengan bagaimana harga ayam terus naik," ujarnya.



Bagi Encik Jasmani Basri, yang berniaga di gerainya Umairah Halal Food di Blok 347 Jurong East Avenue 1, kenaikan harga ayam sudah mula dirasa sedikit demi sedikit sejak sebelum larangan eksport ayam oleh Malaysia berkuat kuasa dan lebih terasa selepas itu, dengan harga ayam beku juga turut meningkat.



Encik Jasmani berkata kenaikan harga ayam itu juga menjejas perniagaan ayamnya yang jatuh sekitar 20 peratus berbanding sebelum 1 Jun lalu.



"Sekarang harga ayam stabil tapi masih terlalu tinggi.



"Kalau saya hanya jual ayam sahaja, lagi mencabarlah. Tapi saya pun ada jual daging dan lain-lain, jadi boleh tahan juga, cuma tak boleh dapat keuntungan seperti dahulu," ujarnya.



Minggu lalu, Malaysia membenarkan ayam kampung hidup dan ayam hitam hidup dibawa masuk ke Singapura dari negara itu.



Namun, ayam segar biasa masih tidak dibenarkan dieksport.



Beberapa peniaga ayam yang mula menjual semula ayam kampung di kedai mereka sejak minggu lalu berkata ayam kampung itu kini mendapat tumpuan daripada pelanggan.



Encik Selamat Osman yang mengendalikan gerai The Meat House di 538 Bedok North Street 3 berkata beliau mendapat sambutan agak baik daripada pelanggannya selepas mula menjual ayam kampung baru-baru ini.



"Sebelum ini, penjualan ayam saya jatuh teruk hingga 80 peratus apabila saya terpaksa bertukar daripada menjual ayam segar kepada ayam beku.



"Selepas saya mula menjual semula ayam kampung, perniagaan ayam saya bertambah baik sikit, naik 10 peratus... mungkin kerana pelanggan tetap mahukan ayam yang segar dan bukan yang beku," ujarnya.



Namun bagi beberapa penjual ayam seperti Encik Jasmani, harga ayam kampung sekarang yang sangat tinggi berbanding dahulu, hingga mencecah $15 bagi seekor ayam sebesar 1.2 kilogram, juga menyebabkan permintaan yang agak lembap bagi ayam jenis itu meskipun orang ramai mendambakan ayam segar berbanding ayam beku.



Minggu lalu, pemerintah berkata Singapura sedang meneroka kemungkinan mendapatkan sumber ayam dari Indonesia.



Peniaga ayam di sini mengalu-alukan langkah itu kerana ia juga akan mempelbagai sumber ayam pada masa akan datang dan diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan pada satu sumber sahaja.



Namun mereka menarik perhatian bahawa harganya juga harus kekal berdaya saing untuk memastikan kos kekal rendah.



Encik Abdul Rahim Abu, yang berniaga di gerai Muhaimin di pasar Geylang Serai, berkata antara lain kos pengangkutan lebih tinggi sekiranya ayam segar dibawa masuk dari negara lain yang lebih jauh harus diambil kira, lebih-lebih lagi dengan harga minyak yang juga lebih mahal sekarang.



"Tapi diharapkan juga ini dapat terus menstabilkan harga ayam... dengan lebih banyak pilihan. Kalau lebih mahal sedikit berbanding dulu pun saya rasa orang ramai akan tetap membelinya," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >