Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu sedunia, serantau bakal dibincang dalam lawatan PM Lee ke Rwanda

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan melawat Kigali, Rwanda untuk menghadiri Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) dari hari ini hingga lusa.



Encik Lee akan diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Tema bagi CHOGM tahun ini ialah Membentangkan Masa Depan yang Dikongsi Bersama: Menghubungkan, Berinovasi dan Mengorak Transformasi.



Dalam mesyuarat itu, pemimpin yang hadir akan menyemak perkembangan dalam Komanwel serta membincangkan isu sedunia dan serantau yang ketara.



Encik Lee juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan ketua Komanwel lain di samping acara CHOGM.



Beliau akan terus berada di Kigali bagi lawatan dua hala rasmi dari Ahad hingga Isnin.



Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, beliau juga akan bertemu dengan Presiden Rwanda, Encik Paul Kagame.



Sepanjang Encik Lee berada di luar negara, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan memainkan peranan sebagai Pemangku Perdana Menteri, iaitu dari hari ini hingga 28 Jun.



Sepanjang tahun lalu, terdapat beberapa interaksi di peringkat tinggi antara Singapura dengan Rwanda.



Antara lain, Encik Lee telah bertemu dengan Encik Kagame di sisi acara Sidang Puncak Pemimpin G20 di Rome, Italy, Oktober lalu.



Dr Balakrishnan juga telah bertemu dengan Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Rwanda, Dr Vincent Biruta, di sisi Mesyuarat Menteri Ehwal Luar G20 di Italy Jun lalu.



Malah, Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Rwanda, Dr Uzziel Ndagijimana, juga telah berkunjung ke negara ini dan menghadiri Forum Ekonomi Baru Bloomberg November lalu.



Singapura juga mempunyai kerjasama dengan Rwanda dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi.



Antara lain, Singapura dan Rwanda telah memeterai Perjanjian Mengelak Cukai Berganda (DTA) pada 2014, dengan perjanjian itu mula berkuat kuasa pada 15 Februari 2016.



Ogos lalu, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Kementerian ICT dan Inovasi Rwanda turut menandatangani memorandum persefahaman (MOU) berhubung kerjasama ekonomi digital.



Ini membuka peluang bagi perusahaan di kedua-dua negara memupuk kerjasama dalam teknologi baru, pemerintah digital, keselamatan siber dan usaha pendigitalan syarikat kecil dan sederhana (SME).



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >