Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu sewa gerai naik mendadak: Pegerai rasa tersepit, timbang gulung tikar

Antaranya pegerai di kedai kopi di Tampines Street 21 yang adu kadar sewa naik seganda kepada $12,000
Jun 18, 2022 | 05:30 AM



KENAIKAN kadar sewa bagi gerai makan di kedai kopi mungkin boleh dijangkakan tatkala operatornya bertukar tangan.



Namun kenaikan sewa yang mendadak kebelakangan ini membuat beberapa pegerai kedai kopi menimbangkan kemungkinan 'gulung tikar', kata beberapa peniaga yang ditemu ramah Berita Harian (BH).



Salah seorang peniaga, Cik Zaleha Hamzah, yang merupakan pemilik Zaleha Food Corner kini sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada berniaga di 21 Street Eating House di Blok 201, Tampines Street 21 selepas kadar sewanya naik seganda kepada $12,000, sejak April lalu.



Ini selepas operator kedai kopi itu bertukar tangan dengan penjualan yang mencecah rekod $41.68 juta.



Malah, seorang bekas penyewa gerai di kedai kopi itu sendiri telah menarik diri sejak dua bulan lalu selepas sewanya dinaikkan kepada $12,000 juga.



Semasa ditemui di gerainya, Cik Zaleha, 65 tahun, berkata kadar sewa barunya itu belum lagi melibatkan bil air dan elektrik yang perlu ditanggungnya setiap bulan.



"Kalau dah dicampur dengan bil elektrik dan air, saya perlu tanggung sehingga $16,000 sebulan.



"Ini belum lagi gaji kakitangan saya yang perlu saya tanggung juga," katanya yang mengalami kesukaran untuk tidur kerana asyik memikirkan harga sewanya yang meningkat mendadak.



"Saya rasa terperanjat dan sangat sedih sebab dah 23 tahun berniaga di kedai kopi ini.



"Mulanya kadar sewa saya ketika itu sekitar $3,000.



"Dengan perlahan setiap tahun taukeh ada juga naikkan harga tapi sikit-sikit seperti $500 sehingga menjadi $6,000, sebelum operator tukar tangan," jelas beliau.



Menurut Cik Zaleha, anak sulungnya yang mengurus kewangan kedai itu, telah menandatangani kontrak enam bulan di bawah operator baru dan kini sudah masuk bulan kedua.



Bagi mereka kos sewa baru itu terasa "amat berat" dan mereka tidak pasti jika dapat terus berniaga selepas kontrak selesai.



Justeru jika terpaksa gulung tikar mungkin beliau akan mula berniaga di rumah atau pun terserah kepada anaknya jika ingin mencari kedai alternatif.



Kelmarin, timbul laporan di mana kedai kopi di Tampines itu bertukar operator dengan harga rekod tertinggi dan ini membuat penyewa gerai di kedai kopi itu memikirkan untuk menarik diri menyusuli kenaikan harga sewa.



Tawaran itu lebih tinggi daripada rekod sebelum ini - sebanyak $31 juta bagi sebuah kedai kopi di Blok 155 Bukit Batok Street 11 pada 2015, menurut laporan The Straits Times.



Kedai kopi di Tampines seluas 604 meter persegi itu, mempunyai 18 gerai dan mempunyai lagi 76 tahun tempoh pajakannya.



Salah seorang bekas penyewa salah sebuah gerai di situ berkata pihaknya menarik diri selepas kadar sewa dinaikkan sekitar dua bulan lalu.



Penasihat kepada Tenderfresh Group, Encik Jimmy Soh, berkata salah sebuah perniagaannya di bawah jenama berasingan, Golden Rooster, yang pernah mempunyai sebuah gerai selama 10 tahun di kedai kopi itu menarik diri selepas kadar sewa dinaikkan kepada $12,000.



Gerai tersebut menjual sajian Barat bukan halal di kedai kopi itu.



"Kadarnya terlalu tinggi untuk kami kekal berniaga di situ," katanya.



Pihaknya kini sedang membuat tawaran untuk mendapatkan sebuah gerai gantian di sebuah kedai kopi berdekatan Blok 201 Tampines itu, untuk menjual sajian halal pula.



Pengarah Urusan Fatty Bom Bom, Encik Ken Tan, yang mempunyai 30 cawangan di serata pulau, berkata memang pihaknya juga terjejas dengan kenaikan kadar sewa sejak gerai kebelakangan ini.



"Kenaikan kadar sewa memang dirasakan tetapi tidak sehebat kenaikan harga bahan mentah serta kenaikan gaji pekerja.



"Walau pun saya terpaksa naikkan harga makanan tidak lama lagi, namun ia bukan kerana kadar sewa yang naik," ujarnya.



Pengarah Pemasaran Saffrons, Encik Ridjal Noor, pula berkata sekali sekala pemilik kedai ada berhasrat untuk naikkan kadar sewa apabila sampai masa memperbaharui pajakan.



Namun pihaknya biasanya akan berbincang dengan pemilik kedai untuk mendapatkan harga terbaik untuk kededua pihak.



"Biasanya kenaikannya tidak begitu mendadak dan mengambil kira inflasi juga.



"Lagipun kami mempunyai hubungan baik dengan pemilik kedai dan akan bayar sewa dengan segera dan ikut masanya," katanya.



Meskipun pihaknya kini sedang berbincang dengan pemilik kedai tentang kemungkinan kadar sewa dinaikkan, namun kos kenaikan itu tidak akan dialihkan kepada pelanggan, jelas Encik Ridjal.



Seorang pengasas bersama syarikat Crave, Dr Abdul Malik Hassan, berkata pihaknya telah menutup tiga cawangannya dekat kawasan bandar gara-gara kadar sewa yang meningkat.



Syarikat itu kini mempunyai 48 cawangan di serata pulau.



"Selepas buat kiraan, memang tidak berbaloi untuk kami terus perniagaan di ketiga-tiga cawangan itu.



"Tapi bagi kami yang lebih menjejas ialah kos bahan mentah serta gaji pekerja yang terus naik," ujarnya.




"Kalau dah dicampur dengan bil elektrik dan air, saya perlu tanggung sehingga $16,000 sebulan... Saya rasa terperanjat dan sangat sedih sebab dah 23 tahun berniaga di kedai kopi ini. Mulanya kadar sewa saya ketika itu sekitar $3,000."
- Cik Zaleha Hamzah, yang sewa gerainya di Tampines Street 21 naik seganda kepada $12,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >