Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGALAMAN PELAJAR

Jaya hasil kegigihan diri dan sokongan keluarga, rakan, guru

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



SEGALA pencapaian dalam pelajaran tidak dapat diraih tanpa sistem sokongan yang kukuh, baik di rumah mahupun di sekolah.



Itulah antara rahsia kejayaan Mishel Maryam Nasir, pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, sepanjang beliau berusaha gigih menuntut ilmu.



"Saya sangat bertuah kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat daripada keluarga, rakan-rakan dan guru saya.



"Ini sememangnya faktor besar yang memainkan peranan dalam prestasi seseorang mengecap kejayaan dalam pelajaran mereka," katanya.



Dengan sikap yang sentiasa dahagakan ilmu dan sering meletakkan kesungguhannya dalam segala yang dilakukan, Mishel berjaya menunjukkan konsistensi dalam mengekalkan prestasi akademiknya.



Mishel, pelajar terbaik Madrasah Alsagoff Al-Arabiah bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2018, kini tampil sebagai pelajar terbaik Madrasah Al-Arabiah bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O'.



Beliau meraih lapan A1 bagi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Kesusasteraan Gabungan, Fizik, Kimia dan Biologi serta A2 untuk Matematik Tambahan.



Ketua pengawas sekolah itu meraih agregat enam mata bagi enam subjek utama L1R5.



Mengulas tentang keputusannya itu, Mishel berkata keputusan itu melebihi jangkaannya.



Anak kedua tiga beradik itu berkata banyak pengorbanan yang perlu dilakukan selain menempuhi cabaran, terutama sewaktu tempoh pandemik ini.



"Cabaran utama ialah cuba mengurus dan membahagikan masa kerana banyak subjek yang perlu saya ulangkaji, selain peranan kepimpinan (sebagai ketua pengawas) dan kegiatan kokurikulum saya.



"Memang mencabar untuk cuba mencari masa yang cukup bagi melakukan semua itu, pada masa yang sama memastikan saya mendapat cukup rehat agar tidak keletihan.



"Saya juga terpaksa mengorbankan aktiviti riadah supaya ada cukup masa untuk belajar," ujarnya.



Pelajar yang pernah meraih pingat kepujian tinggi bagi Pertandingan dan Penilaian Antarabangsa bagi Sekolah-Sekolah (ICAS) yang dianjurkan Universiti New South Wales (UNSW), Australia untuk Matematik dan Sains pada 2019 berharap dapat melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Bioperubatan di Politeknik Singapura (SP).



Mishel, yang pernah mengikuti program bekerja sambil belajar di Makmal NanoBio di Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pada akhir tahun lalu berkata beliau ghairah untuk mendalami bidang yang diminatinya itu.



Bercita-cita menjadi saintis atau doktor, beliau berkata: "Saya suka dengan idea menggunakan pengetahuan untuk membantu orang lain dan bekerja dalam persekitaran yang sentiasa memberi saya cabaran."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >