Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TRANSFORMASI PERNIAGAAN DI ESTET KEJIRANAN

Kesemua cawangan Boon Lay Power Nasi Lemak tawar e-pembayaran

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



BERMULA dengan hanya sebuah gerai di pasar Boon Lay lebih 50 tahun yang lalu, perniagaan Boon Lay Power Nasi Lemak sudah jauh berkembang maju di dalam negara dan malah, menerima permintaan dalam pasaran luar negara seperti Brunei dan Dubai.



Perniagaan mereka hari ini juga memanfaatkan penggunaan teknologi demi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah.



Antaranya, kesemua enam cawangan mereka - di Boon Lay, Taman Jurong, Singapore Expo, Woodlands, Novena dan Kampung Admiralty - hari ini menawarkan kaedah pembayaran secara elektronik, atau e-pembayaran, kepada pelanggan.



Pengurus Boon Lay Power, Encik Farhan Hamzah, menjelaskan bahawa ini dilakukan demi memberikan pilihan kepada pelanggan mereka.



"Ini satu perkara yang baik kerana kami dapat memberi pelanggan pilihan dalam cara membayar. Kebanyakan mereka hari ini akan bertanya sama ada kami ada e-pembayaran. Semuanya tanpa tunai hari ini.



"Sebab yang kedua kami gunakan e-pembayaran adalah kerana wang dijaga dengan lebih baik kerana pembayaran terus langsung masuk ke dalam bank," kata beliau.



Kesemua cawangan Boon Lay Power Nasi Lemak menawarkan pilihan membayar dengan mengimbas kod QR. Cawangan di Boon Lay juga menawarkan pilihan membayar melalui ShopeePay.



Encik Farhan menambah bahawa sejak sekitar dua atau tiga tahun lalu, mereka juga menggunakan mesin bayaran automatik di cawangan Boon Lay, di mana pelanggan hanya perlu masukkan wang dalam mesin untuk membayar selepas kakitangan kedai menekankan jumlah yang perlu dibayar.



Selain itu, Boon Lay Power Nasi Lemak boleh ditemui dalam aplikasi foodpanda dan laman Oddle Eats sejak sekitar empat tahun lalu bagi pelanggan membeli makanan secara dalam talian dengan mudah.



"Pelanggan tetap boleh menghubungi kami untuk membuat tempahan. Tetapi bagi mereka yang mahu lakukannya secara digital, mereka ada pilihan ini," kata beliau.



Boon Lay Power Nasi Lemak telah menubuhkan dapur pusat mereka pada 2005, mengambil pesanan dalam talian yang pertama pada 2018, dan meletakkan mesin layan diri di beberapa tempat seperti Hillion Mall di Bukit Panjang dan NUS UTown di Clementi.



Encik Farhan berkata mereka mempunyai sekitar lapan mesin layan diri, tetapi buat masa ini, kesemuanya ditutup kerana mereka mahu mempertingkat teknologi yang digunakan supaya dapat menawarkan produk baru.



"Kami cuba memenuhi keperluan pelanggan di Singapura dalam pelbagai aspek, sama ada dari segi makanan, kaedah pembayaran atau cara penghantaran.



"Jika kami tidak berubah, ia akan menjejas perniagaan. Oleh itu, kami berusaha menjalankan transformasi dan berkembang mengikut kekuatan kami," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >