Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence mula tugas sebagai DPM

Tan Kiat How, Rahayu dan Eric Chua turut mulakan peranan dalam jawatan lebih tinggi
Jun 14, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, mula bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam, menyusuli rombakan Kabinet yang diumum pada Isnin lalu.



Beliau juga akan memainkan peranan sebagai Pemangku Perdana Menteri minggu ini, apabila Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bercuti dari semalam hingga Ahad.



Semalam, Encik Wong memuat naik di laman Instagram beliau sebuah video secawan kopi dengan kapsyen:



"(Saya) memulakan hari saya dengan kopi o kosong.



"Beberapa minggu ini sibuk sekali dan saya pasti begitu juga bagi ramai orang. Saya harap anda akan mendapatkan minggu yang baik."



Kenaikan pangkat Encik Wong, 49 tahun, menyusuli pemilihan beliau oleh rakan seangkatannya sebagai ketua pemimpin generasi keempat (4G) parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Rombakan Kabinet yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri itu merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam peralihan pucuk pimpinan Singapura setelah ia tergendala menyusuli keputusan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengundur diri sebagai ketua pasukan 4G pada April tahun lalu.



Ia juga dilakukan sekitar setahun selepas tujuh menteri 4G diberi jawatan baru dalam rombakan besar-besaran pada Mei 2021.



Dalam rombakan tersebut, Encik Wong diberi jawatan Menteri Kewangan.



Selain Encik Wong, tiga lagi pemegang jawatan politik turut dinaikkan pangkat.



Encik Tan Kiat How dinaikkan pangkat daripada Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan) kepada Menteri Negara Kanan di kementerian yang sama.



Cik Rahayu Mahzam pula dinaikkan pangkat daripada Setiausaha Parlimen kepada Setiausaha Parlimen Kanan.



Cik Rahayu kekal di Kementerian Kesihatan (MOH) dan akan menggalas tanggungjawab baru di Kementerian Undang-Undang (MinLaw).



Beliau akan melepaskan jawatannya di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



Sementara itu, Encik Eric Chua dinaikkan pangkat daripada Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) kepada Setiausaha Parlimen Kanan di kementerian yang sama.




SEKILAS ROMBAKAN KABINET & PELANTIKAN LAIN



NAIK PANGKAT



Encik Lawrence Wong

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan



Encik Tan Kiat How

Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara)



Cik Rahayu Mahzam

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang)



Encik Eric Chua

Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga)\




PELANTIKAN LAIN



Encik Chee Hong Tat

Menteri Negara Kanan (Kewangan* merangkap Pengangkutan)



Dr Koh Poh Koon

Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran* merangkap Tenaga Manusia)



Cik Sun Xueling

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri* merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga)



Encik Desmond Tan

Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri*



Encik Baey Yam Keng

Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran* merangkap Pengangkutan)



  • Jawatan baru; pelantikan berkuat kuasa semalam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >