Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lina Satay Club tutup restoran, tumpu pada penghantaran makanan

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



SETELAH beroperasi di restoran mereka yang terletak di Jurong dan Sunset Way selama bertahun-tahun, Lina Satay Club akan menutup pintunya untuk memberi tumpuan kepada khidmat penghantaran dan pengambilan makanan sendiri.



Dengan 60 peratus pendapatan mereka kini daripada khidmat penghantaran makanan, pemiliknya, Encik Mohd Fadlin Osman dan isterinya, Cik Azlina Abdul Ghaffar, memutuskan untuk beralih kepada model perniagaan yang lain.



Mulai September tahun ini, Lina Satay Club akan beroperasi dari dapur pusat sepenuhnya.



Dengan peralihan ini, Cik Azlina berharap dapat memenuhi keperluan pelanggan yang kini lebih bergantung pada khidmat penghantaran makanan melalui platform e-dagang yang baru.



"Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, ramai tidak dapat menjamu selera di luar dan memilih menggunakan khidmat penghantaran makanan.



"Walaupun keadaan semakin pulih di sini dan orang ramai dapat menjamu selera seperti biasa, sebahagian besar pelanggan kami masih memilih menggunakan khidmat penghantaran.



"Oleh itu, kami yakin bahawa peralihan model perniagaan ini membolehkan kami terus kekal berdaya saing dengan perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang lain," jelas Cik Azlina.



Sebelum ini, beliau harus mengesan satu persatu mesej tempahan yang beliau menerima melalui WhatsApp.



Namun dengan e-dagang yang akan dilancarkan nanti, Cik Azlina hanya perlu mengesan dalam talian tempahan yang dilakukan oleh pelanggan dan menghantar tempahan tersebut.



"Wadah e-dagang ini membolehkan kami menyelaraskan proses tempahan pelanggan dan memenuhi tempahan bagi pasukan kami.



"Dari laman itu, pelanggan dapat memilih apa yang mereka inginkan serta mempunyai pilihan menggunakan khidmat penghantaran atau mengambil sendiri di dapur pusat kami," katanya yang juga menawarkan khidmat penghantaran melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti Grab sejak 2018.



Ini menjadi kenyataan setelah beliau mendigitalkan operasinya di bawah inisiatif Geran Advance Digital Solutions di bawah Program Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Azlina berkata beliau telah menerima subsidi sebanyak 70 peratus dan hanya perlu membiayai $2,000 untuk membina wadah e-dagang itu.



"Dalam masa akan datang, kami menjangkakan perniagaan akan terus meningkat dan maju dengan lebih ramai memilih menggunakan khidmat penghantaran.



"Sekiranya dapur pusat ini berjaya menarik perhatian ramai orang, kita mungkin boleh berkembang untuk mempunyai dapur pusat lain di seluruh pulau supaya lebih ramai dapat menikmati makanan," tambah beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >