Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Kesemua jemaah haji tambahan diperuntuk telah daftar dengan GSA

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA tempat tambahan yang diperuntuk bagi jemaah Singapura menunaikan haji tahun ini telah berjaya disahkan, mengikut syarat dan keperluan bagi Haji 2022 dan juga tempat dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menerusi satu kenyataan semalam, Muis berkata kesemua jemaah yang berjaya diperuntuk tempat telah berdaftar dengan ejen penjualan pakej haji (GSA) yang dilantik mereka.



Jemaah juga telah membuat bayaran bagi pakej haji pilihan mereka.



"Muis kini sedang berusaha supaya jemaah boleh mendapatkan visa haji mereka sebelum mereka berangkat ke Arab Saudi," ujar Muis.



Isnin lalu, Muis mengumumkan bahawa lebih banyak tempat telah diperuntuk bagi jemaah Singapura untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.



Ini menambah kepada sejumlah 407 tempat yang telah diperuntuk sebelum ini.



Muis hargai jemaah penuhi tempat tambahan dalam tempoh singkat



Dalam kenyataannya semalam, Muis turut merakamkan penghargaan yang mendalam kepada jemaah yang berjaya mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini serta GSA yang dilantik atas kerjasama mereka menyelesaikan proses ini dalam jangka masa pendek.



"Muis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua baki jemaah dalam AHRS kerana terus bersabar dan memahami.



"(Muis) juga berdoa agar segala urusan mereka akan berjalan lancar apabila tiba masanya bagi mereka (menunaikan ibadah haji) pada masa akan datang," ujar Muis.



Akhbar ini difahamkan bahawa Arab Saudi telah menawarkan tambahan 493 tempat jemaah haji, di samping sebanyak 407 tempat yang ditawarkan sebelum ini.



Ini sekali gus membawa kepada kuota asal rasmi tahunan bagi Singapura, iaitu 900 tempat.



Jemaah Singapura yang bakal berangkat telah membeli daripada 10 pakej haji yang ditawarkan oleh dua GSA Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis.



Dua IGSA itu termasuk Shahidah Travel & Tours serta Halijah Travels.



Sementara itu, dua CGSA yang menawarkan pakej haji tahun ini ialah konsortium yang diketuai TM Fouzy Travel & Tours dan terdiri daripada Hamidah Travel & Tours dan Hahnemann Travel & Tours, serta konsortium pimpinan Jalaluddin Travel & Services yang meliputi Hagel Travel & Tours dan Noor Mohamad Services & Travel.



Kumpulan pertama jemaah haji Singapura dijadualkan berangkat Sabtu ini.



Kuota haji bagi jemaah Singapura, yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Saudi, dinaikkan daripada 800 tempat pada 2017 kepada 900 tempat pada 2018.



Menyusuli penangguhan Haji 2020 dan 2021 bagi jemaah Singapura, kuota haji yang terhad itu diperuntuk kepada jemaah yang sepatutnya menunaikan ibadah haji pada tahun 2020 dan kini memenuhi syarat dan peraturan bagi Haji 2022.



Kerajaan Arab Saudi bulan lalu mengumumkan bahawa sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara dibenarkan melakukan ibadah itu tahun ini.



Bagaimanapun, mereka menetapkan syarat bahawa ia hanya bagi mereka yang berusia bawah 65 tahun dan sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >