Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan terus bantu golongan teruk terjejas: PM Lee

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus membantu mereka yang terjejas teruk akibat kesan perang di Ukraine dan gangguan terhadap perdagangan antarabangsa dalam tempoh pemulihan selepas Covid-19 ini.



Menyatakan demikian di laman Facebook beliau semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata sebuah pakej bantuan baru bernilai $1.5 bilion telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



Pakej tersebut akan membantu golongan berpendapatan rendah dan mereka yang lebih mudah terjejas menangani kesan inflasi yang meningkat.



Encik Lee berkata pakej itu termasuk Baucar GST - Bayaran Khas Tunai tambahan hingga $300 bagi keluarga yang lebih memerlukan serta rebat utiliti bernilai $100 bagi setiap isi rumah warga Singapura.



Sementara itu, pemandu teksi dan kereta sewa peribadi yang layak juga akan menerima bayaran sekali sahaja sebanyak $150.



Perusahaan pula akan mendapat subsidi lebih tinggi bagi Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) serta manfaat lain bagi usaha menjimat tenaga.



"Yakinlah pemerintah akan membantu anda sepanjang jalan, sedang kita mengharungi tempoh yang sukar ini bersama," kata Encik Lee.



Beliau menyatakan bahawa pakej bantuan itu akan dibiayai hasil dana lebihan daripada tahun fiskal yang lalu.



Pemerintah tidak akan mengeluarkan dana daripada rizab lalu untuk membiayai pakej tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >